OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Kelab Penyokong
Kerajaan BN-Sabah Sandakan kini sedang mengadakan program penambahan ahli baru untuk
kelab tersebut bagi masyarakat Sandakan.
Pengerusi Kelab tersebut
Hajah Rauyah Durasik berkata setakat ini kelab itu kini mempunyai keahlian
seramai 3,300 baru berusia tiga bulan
sahaja ditubuhkan.
Katanya kelab itu kini
sedang rancak menyusun beberapa aktiviti-aktiviti untuk sepanjang tahun 2015.
“Untuk makluman anda kelab
ini bermula pada minggu keempat hari
ahad ini 28hb Disember ini dan
saban hari ahad seterusnya kelab ini dengan kerjasama pihak Hospital Duchess of
Kent Sandakan akan mengadakan program pemeriksaan darah bertempat di Pasar
Minggu bandar bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang dan orang ramai
khususnya penduduk setempat yang ingin mendapat rawatan peperiksaan darah
bolehlah datang pada setiap ahad” jelasnya.
No comments:
Post a Comment