OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DAVID ONG
SANDAKAN: Saban tahun 1hb Disember adalah Hari
AIDS sedunia yang disambut merata dunia, ia bertujuan untuk menyedarkan kita
bahawa HIV masih menjadikan salah satu wabak ancaman yang paling serius di
kalangan masyarakat kita di negara ini.
Hari AIDS sedunia juga memberi
peluang untuk kita memperingati mereka yang telah dijangkiti HIV dan keluarga
mereka, membanteraspenyakit HIV, menunjukkan semangat dan sokongan kita kepada
pembawa wabak HIV. Pada waktu yang sama kita juga memperingati yang yang
terkorban kerana dijangkiti wabak AIDS
Datin Rosemary Au berkata demikian
ketika berucap dimajlis World AIDS Day Charity Dinner 2014 baru-baru ini.
Katanya Menteri Kesihatan Malaysia
telah memaklumkan bahawa bilangan kes HIV di negara ini telah menunjukkan
penurun an mendadak semenjak 12 tahun yang lalu.
Menurut Menteri berkenaan tambah
Rosemay lagi strategic Plan Malaysia telah menetapkan matlamat mencapai sifar HIV (Getting to Zero) iaitu sifar infeksi baru, sifar kematian
disebabkan AIDS dan sifar baru bayi yang dilahirkan. Dengan usaha gigih itu
kita nampak impaknya.
Katanya mengikut statistic telah menunjukan penurunan
kes HIV baru di kalangan penagih dadah dan jangkitan ibu kepada anak, tetapi
kes jangkitan melalui seksual masih lagi membimbangkan.
“Kalau dilihat sepintas lalu semenjak kes pertama
HIV pada tahun1986 sehingga September tahun ini telah mencecah seramai
seratus empat ribu dan seratus Sembilan puluh
tujuh kes HIV (104,197) di Malaysia kita juga catat
rekod dua puluh satu ribu seratus sebelas kes (21.111) AIDS” ujarnya.
Katanya pada tahun lepas sahaja terdapat seramai 3,393 kes baru di mana 728 adalah terdiri
daripada kaum wanita, yang meruncingkan kebanyakan kes ini berlaku menimpa di
kalangan surirumah tangga,
No comments:
Post a Comment