OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) rajin
kutip cukai pintu disetiap primes perniagaan tapi sebaliknya kurang
bertanggungjawab dalam mengatasi pelbagai masalah dipersekitaran sama ada soal
kebersihan mahupun lokang-lokang tersumbat termasuk penutup permukaan parit.
Lubang besar dihadapan letak
kereta dibarisan Pejabat Ahli Parlimen Sandakan Bandar Litat dekat sini sudah
setahun lebih belum lagi diperbaiki walaupun sudah beberapa kali dimaklumkan
kepada pihak MPS namum sehingga kehari ini lubang besar belum mempunyai penutup
mungkin menunggu orang pejalan kaki dilorong bangunan itu terjeblos (terpuruk)
barulah pihak MPS kelam kabut ambil tindakan drastik
KOTOR....Dibelakang bangunan Flat MPS Karamunting sudah 2 tahun tidak pernah diselenggara sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk setempat
“Sepatutnya pihak MPS harus
peka dengan apa jua masalah bukan membiarkan begitu saja bukan kah MPS melantik
beberapa orang kaunselor .kenapa
kaunselor itu mereka tak turun pandangkan untuk meninjau-ninjau disatu-satu
kawasan yang telah dilaporkan oleh para pengadu tempat-tempat yang bermasalah
coba tolong beri penjelasan yang terperinci apa tugas-tugas dan tanggungjawab sebenarnya orang-orang yang dilantik sebagai
kaunselor MPS” kata jurucakap.
LORONG BANGUNAN 14 barisan Belakang Genting Mas kotor sehingga kini belum lagi dibersihkan air bertakong bau busuk diatas jalan
Pihak MPS rajin memungut
cukai pintu kepada semua primes bangunan dibawah lingkungan kawasan MPS tetapi
dari segi perkhidmatan kepada masyarakat amat mengecewakan betul-betul
mengewakan lihat saja di kawasan lorong-lorong belakang bangunan di bandar amat menjijikan itupun tidak mahu
diselenggarakan tunggu orang komplen di
media massa baru MPS bertindak.
No comments:
Post a Comment