OLEH: SHAIMON S JUMADI
.jpg)
Wong yang baru sahaja balik ke Sandakan setelah sesi persidangan parlimen tamat, telah menerima banyak aduan daripada rakyat, dimana mereka tidak puas hati dengan kerajaan yang mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter, dan penurunan 4 sen baru-baru ini.
Wong berpendapat bahawa, kerajaan patut mengumumkan dengan terperinci sistem pengapungan terkawal yang dilaksanakan, supaya rakyat dapat memahami sistem tersebut.
Katanya, selepas harga petrol RON95 dikurangkan 4 sen, setiap liter dijual dengan harga RM2.26, manakala harga petrol RON97 menjadi RM2.46 setiap liter selepas diturunkan 9 sen, ini menjadikan harga petrol RON95 dan RON97 hanya 20 sen berbeza, ini menimbul keraguan dan kekeliruan masyarakat.
Beliau berkata, menurut pengumuman
kerajaan, minyak petrol RON97 mengenakan cukai jualan 58sen, manakalan RON95
tiada cukai jualan. Kini kedua-dua jenis minyak ini, harga ditentukan mengikut
sistem pengapungan terkawal, tidak mungkin kedua-duanya hanya 20 sen berbeza,
perbezaan harga sepatutnya sekurang-kurangnya 58sen, lebih-lebih lagi kini kedua-dua
minyak ini tiada subsidi kerajaan.
Katanya, harga petrol RON95 sepatutnya lebih rendah daripada RM2.26 yang diumumkan oleh kerajaan, dan sepatutnya lebih rendah daripada RM1.90 seliter, harga sebelum kenaikan harga 2 kali dilakukan.
Wong berkata, kerajaan melaksanakan sistem pengapungan terkawal untuk menetapkan harga petrol, seolah-olahnya terdapat agenda tersembunyi di sebaliknya, oleh itu rakyat berasa tertipu.
Pada masa yang sama, beliau juga menyifatkan kenaikan harga diesel 3 sen pada masa kini adalah tidak munasabah, kerana pada ketika ini harga minyak antarabanga telahpun turun beberapa puluh peratusan. Penjelasan menteri berkenaan juga tiada maknanya.

No comments:
Post a Comment