DAKWA CINA BAKAR AL QURAN PKR GESA MUKHRIZ SUPAYA MASHITA MOHON MAAF

by admin




KEDAH:- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu menggesa Datuk Mashitah Ibrahim memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kononnya berlaku insiden membakar Al-Quran di Alor Setar oleh orang 
Cina, kata pemimpin PKR Gooi Hsiao Leung.

GARA-GARA PERBUATAN MASHITA.... Memfitnah orang Cina bakar Al Quran MCA,Gerakan dan LDP akan keluar meninggalkan BN tidak lama lagi




Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan Mashitah tidak boleh dimaafkan kerana Mukhriz terlebih awal sudah menjelaskan tiada kejadian membakar Al-Quran, sebaliknya kitab suci itu dikoyak oleh seorang Melayu yang kurang siuman.

“Beliau (Mashitah) tidak menghiraukan sekiranya masyarakat Cina tidak membakar Al-Quran – walaupun beliau menuduh mereka berbuat demikian dan menghasut orang Melayu bangkit membela Islam daripada tindakan tersebut.
“Mashitah mesti meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah kerana menyebarkan pembohongan semasa mesyuarat agung tahunan Umno yang masyarakat Cina membakar Al-Quran di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mashitah ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno pada Rabu menggesa ahli parti Melayu itu berdiri menentang mereka yang mencabar Islam dan orang Melayu dengan mendakwa masyarakat Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa upacara sembahyang.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada sebuah portal semalam, kenyataannya itu merujuk kepada apa yang dimaklumkan Ketua Wanita Kuala Kedah Noor Hasita Mat Isa dan bersedia dengan tindakan saman oleh pihak tertentu.
Gooi berkata respon Mashitah kepada portal berkenaan memperlihatkan senator itu tidak berminat untuk mengetahui keadaan sebenarnya – sama ada masyarakat Cina ada atau tidak membakar Al-Quran.
Katanya, jika Mashitah benar-benar percaya versi yang diberitahu oleh Hasita maka pastinya pemimpin Umno itu sudah membuat laporan polis mengenai dakwaan serius membakar Al-Quran.
“Ucapan beliau bertujuan menghasut kebencian kaum dan benci di kalangan orang Melayu terhadap orang Cina Kedah.
“Jelas daripada respons agresif dan berperang Mashitah sejauh ini, beliau sudah tentu tidak akan meminta maaf atas tindakan memalukan beliau.
“Maka, saya menyeru Mukhriz sebagai Ketua Umno Kedah, untuk bertindak bagi pihak masyarakat Cina untuk mendisiplinkan Mashitah dan meminta beliau meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah atas kesalahan yang dilakukan,” katanya
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai masyarakat Cina di seluruh Malaysia termasuk ahli-ahli MCA,Gerakan dan LDP  turut marah dengan para pemimpim UMNO kerana membiarkan Mashita IBrahim mengeluarkan kenyataan tersebut yang berbentuk firnah kepada masyarakat Cian membakar  Al-Quran.
Kemungkinan besar MCA, Gerakan dan LDP mereka akan keluar meninggalkan parti komponen BN kerana mereka sudah tidak tahan dengan keranah ahli-ahli UMNO berpura-pura baik dengan masyarakat cina namun disebaliknya mereka anti Cina ini akan menjadi kenyataan gara-gara perbuatan Mashita Ibrahim yang terlalu menyakiti hati kaum cina di negara ini.
Kata sumber itu akibat perbuatan Mashita itu UMNO bakal kehilangan rakan dalam komponen MCA, Gerakan dan LDP masa terdekat ini mereka akan meninggalkan BN untuk menyertai parti pembangkang untuk membentuk kerajaan PAKATAN RAKYAT pada PRU 14 nanti.

No comments:

Post a Comment