OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI
SANDAKAN:- Kes tanah di Sungei Koya Fasa 1-2
dan 3 yang membabitkan tanah seluas 6000,00 ekar yang melibatkan 210 pemilik yang berdaftar di Mahkamah kini
dibongkar semula.
Daripada 210 orang pemilik tanah dibawah Skim
Pekebun Kecil 10 orang lain pemiliknya telah keluar kerana mendapat tawaran
bayaran pampasan diurus diluar
mahkamah setiap orang hanya
menerima RM5,000 sahaja.
Aisah Ahmad & Co yang dilantik
sebagai penasihat undang-undang bagi menyelesaikan kes tanah tersebut
memberitahu kepada media semasa sidang media petang tadi di
ballroom Hotel Borneo Cops katanya para
pemilik tanah tersebut sudahpun melatik seorang peguam untuk membantu
menyelesaikan kes tanah itu iaitu Tetuan Hairul Vaiyron and Osman Co.
Aisah merasa kesal dengan tindakan 10 orang
pemilik itu yang telah berpaling tadah mahu menerima tawaran diluar mahkamah
oleh sebuah syarikat dengan banyaran
hanya RM5.000,00 setiap pemilik tanah tersebut.
“Kita mmembuat tuntutan biar yang
berpatutan biarlah pihak hakim mahkamah
yang memutuskan saya sudah meminta pihak mahkamah mempercepatkan tarikh mediasi.” ujarnya
“Saya harap pemilik yang lain seramai 186
orang itu agar tidak akan ikut jejak 10 orang yang berpaling tadah yang hanya
mahu diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu hanya bayaran RM5,000.00
sahaja sudah menggalabak nampak duit sebanyak
itu” katanya
Katanya sebagai pemilik tanah Sungei Koya
Fasa 1.2 dan3 itu harus pertahankan hak milik sendiri bIarlah lambat sedikit
untuk mendapat ganjaran asalkan ianya berpatutan setimpal dan berbaloi dengan kedudukan tanah
tersebut.
Semantara komen dari salah seorang pemilik
tanah iaitu Mohsien (gambar) berkata 10
orang pemilik tanah yang keluar daripada kumpulan Aisah disifatkan sebagai
orang-orang yang tidak ada maruah senang-senang dipujuk rayu oleh orang-orang
yang mahu memperbodoh-bodohkan mereka dengan mudah menerima tawaran diuruskan
diluar mahkamah hanya menerima pampasan cuma RM5,000.00.
“Sampai kemana RM5,000.00 tapi mereka bakal
kehialngan terus tanah berpuluh-puluh ekar itu sebab sudah dibayar oleh
pihak-pihak tertentu yang mahu mencari keuntungan” kata Mohsin.
BERIKUT KENYATAAN PENUH TETUAN AISAH AHMAD & CO
BERIKUT KENYATAAN PENUH TETUAN AISAH AHMAD & CO
Tarikh : 30/12/2014
Tempat
: VIP Room, Borneo Cove Hotel
Sidang
Akhbar tertutup bersama Wakil sah atau Penasihat Undang-Undang, Puan Aisah
Ahmad dan ahli-ahli (Plaintif-Plaintif ) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III,
Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil.
Wartawan Kanan The Sabah Insider. net : En Shaimon S Jumadi
Jurugambar : En Apek Ansukoi
Perjuangan
ahli-ahli (Plaintif-Plaintif) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III,
Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun Kecil masih belum berakhir. Mereka telah berjaya
membawa tuntutan mereka ke Mahkamah Tinggi Sandakan, dengan saman bertarikh
10.10.2013 yang telah menamakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah sebagai
Defendan Pertama dan Bagusmaju Berhad (No. Syarikat 143255-M) sebagai
Defendan Kedua.
Peguam yang
mewakili para Plaintif iaitu Tetuan Hairul Vaiyron & Co telah memaklumkan
status kes ialah menunggu tarikh mediasi daripada Mahkamah Tinggi, Sandakan
atas permohonan Defendan Kedua.
Di saat
para Plaintif menantikan tarikh mediasi, pada 30.12.2014, Wakil sah atau
Penasihat Undang-Undang para Plaintif, Puan Aisah Ahmad, dimaklumkan bahawa
seramai 50 org ahli Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan telah
menerima tawaran daripada pihak Bagusmaju Berhad iaitu wang berjumlah
RM5,000.00 tertakluk dengan beberapa syarat. Beberapa Plaintif juga dihubungi
dan dipujuk rayu untuk menerima tawaran tersebut.
Malah
beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini kerana beberapa individu yang
pada asalnya bersama-sama Plaintif telah berpaling tadah dan cuba mempengaruhi
para Plaintif meninggalkan tuntutan di Mahkamah.
Penasihat
Undang-Undang bercakap disesi sidang akhbar pada hari ini memberi respon bahawa
akhirnya perjuangan membawa tuntutan ini ke muka pengadilan menjadi asbab
rezeki kepada individu-individu yang dianggapnya sebagai "parasit"
iaitu mengaut keuntungan dari usaha dan pengorbanan para Plaintif yang
bersungguh-sungguh menuntut hak dan mempunyai maruah serta pendirian yang
teguh.
Beliau
yang mendapat kepercayaan lebih kurang 204 orang Plaintif telah menyatakan
pendirian yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan perjuangan menuntut hak
para Plaintif melalui Mahkamah sehingga selesai.
Ketua
Plaintif, Encik Mohsen Jurop, Haji Suar dan beberapa Plaintif yang hadir
menegaskan mereka tidak akan berganjak dan berharap pihak Mahkamah memberi
tarikh mediasi dengan segera agar ruang mediasi dapat menyelesaikan perkara ini
dengan adil dan saksama.
Salah
seorang Plaintif, En Abdul Lahit juga mempersoalkan mengapa Abdullah Japar dan
isterinya, Rogayah Ahmad masih tidak didakwa malah tiada status siasatan
diberikan. Abdullah Japar mendakwa bahawa dia merupakan ketua pemohon walhal
tidak tersenarai sebagai pemilik tanah dan menjadi pemilik dengan melakukan
penipuan tuntut waris ke atas pemilik yang masih hidup. Manakala isterinya juga
melakukan jenayah yang sama. Bukti-bukti telah diberikan kepada pihak Polis
tetapi tiada sebarang pendakwaan dilakukan sehingga kini.
Para
Plaintif juga menyatakan kemarahan dan amat kesal dengan tindakan ahli-ahli
yang berpaling tadah seperti Jamal Sinyor dan Katiff Kussoi yang disifatkan
tidak berpendirian kerana keluar dari tindakan dan tidak berhenti menghubungi
para Plaintif bagi tujuan meninggalkan perjuangan yang benar. Tidak terkecuali
juga dalang yang mengakibatkan kerugian kepada para Plaintif iaitu Ismail
Tarandan dan Abdullah Japar masih terlibat dengan urusan tawaran di atas.
Beberapa
Plaintif menambah dengan menyatakan bahawa tanah yang dituntut ini telah
dicerobohi oleh pihak lain dan pernah disiarkan di satu akhbar tempatan bahawa
"penceroboh" mahu penyelesaian dengan situasi menang, menang malah
dalam satu majlis bersama Datuk Osman Jamal, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Saddi
yang di adakan di Dewan Sri Lamag, Bukit Garam pada 18 Febuari 2013 berkenaan
isu Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, dibawah Skim Pekebun
Kecil salah seorang individu yang menduduki tanah tersebut telah menyatakan
kebimbangan ke atas nasib mereka yang lain kerana lebih 700 lot dikawasan itu
telah mereka diami sekian lama.
Jika
penceroboh boleh meminta penyelesaian dan meluahkan kebimbangan, apakah wajar
hak para Plaintif sebagai pemilik Tanah Koyah A Fasa I, II, & III,
Kinabatangan, yang sah ini dinafikan?
Para
Plaintif dengan bersemangat menyatakan bahawa mereka bukan sahaja meperjuangkan
hak mereka tetapi untuk generasi mereka kelak agar perkara yang sama tidak
berulang lagi. Mereka juga menegaskan tidak akan tunduk dengan tawaran diluar
yang disifatkan amat tidak bermaruah.
Di
akhir sesi, para Plaintif mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penasihat
Undang-Undang dan Peguam mereka yang berdedikasi serta amanah dalam menjalankan
tugas mereka sehingga ke tahap ini. Harapan para Plaintif agar pihak
berkuasa iaitu pihak Polis mengambil tindakan kepada laporan-laporan yang telah
dibuat dan berharap tarikh mediasi diperolehi dengan segera.
No comments:
Post a Comment