OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: APEK ANSUKOI
Ketua
Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon membuat saranan itu demikian ketika berucap merasmikan Majlis
Program Membara Jasamu Dikenang 2014 anjuran bersama UMNO Bahagian Sandakan dan
JASA Sandakan.
“Jadi
kekalahan itu ia boleh dijadikan satu ikhtibar kepada semua penyokong dan
pengundi BN agar fenomena sebegini tidak akan berulang lagi pada masa PRU14
nanti apa yang penting ahli-ahli komponen BN seperti UMNO,LDP, UPKO, PBRS,
MCA,MIC dan Gerakan harus berganding bahu untuk menentukan calon BN tidak
kecundang sebaliknya meraikan kemenangan yang besar” Katanya.
Tambahnya
ahli-ahli diperingkat semua cawangan sama ada Putri, Pemuda dan Wanita UMNO
harus bergerak turun padang untuk mencari ahli baru UMNO di samping itu mereka
harus membuka kaunter bagi mengadakan
program daftar pemilih baru.
Sambil
itu Ampong berterima kasih kepada ahli-ahli komponen BN iaitu LDP kerana setiap
UMNO mengadakan apa saja program mereka telah menghantar beberapa orang ahlinya untuk hadir sama.
Dalam
pada itu lebih 40 orang ahli UMNO yang telah berjuang sama-sama dengan UMNO mula UMNO ditubuhkan di Sabah mereka
masing-masing menerima hamper daripada bahagian sebagai menghargai perjuangan
mereka. POSTED BY FST NEWS (FREE SANDAKAN TODAY)
No comments:
Post a Comment