OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Tindakan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengeluarkan saman
terhadap Bas Sekolah parking di kawasan
pasar Kim Fung telah menimbulkan kontraversi di kalangan para pemilik bas
tersebut.
Mengenai
kes tersebut Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong (gambar) yang telah menerima
aduan daripada pemilik Bas Sekolah telah mengemukan aduan itu kepada Setiausaha
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jeffery Aman untuk meminta penjelasan dengan
terperinci mengenai kedudukan bas sekolah yang tidak dibenarkan parking di
kawasan pasar tersebut.
.
Jeffery
Aman yang menerima aduan tersebut
daripada Stephen Wong pada Jumaat yang lalu, dan berkata akan mengambil
tindakan untuk menyiasat perkara tersebut. Wong kini sedang menunggu penjelasan
beliau.
Wong
berasa amat hairan dengan tindakan penguatkuasa MPS yang mengeluarkan saman
kepada pemandu bas sekolah, atas sebab bas sekolah tidak dibenarkan letak
kereta di kawasan pasar. Beliau juga berkata tidak tahu tentang kewujudan
peraturan tersebut.
Kata
Wong, bas sekolah tidak dibenarkan meletak kereta di parking lot kawasan pasar,
di manakah mereka harus letak kereta?
Wong
meragui adakah pegawai penguatkuasa MPS telah salah guna kuasa, sedangkan
kawasan tersebut tiada sebarang notis pemberitahuan melarang bas sekolah letak
kereta.
Wong
berkata, banyak “teksi sapu” letak kereta di kawasan bandar untuk menunggu
penumpang, pihak penguatkuasa MPS tidak pernah mengambil tindakan untuk
menghalau mereka atau mengeluarkan saman , tetapi hanya fokus mengeluarkan
saman di kawasan Pasar Kim Fung dan di sekitar batu 4, mendenda bas sekolah
yang letak kereta di tempat letak kereta, tindakan ini tidak dapat diterima.
Beliau
menggesa pihak MPS, sebaik sahaja mengesahkan tiada undang-undang yang melarang
bas sekolah letak kereta di kawasan pasar, MPS bukan sahaja patut membatalkan
saman tersebut, malah harus ambil tindakan terhadap pegawai penguatkuasa yang
salah guna kuasa, untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, dan
mengembalikan keadilan kepada pemandu bas sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment