OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Nampak jelas sekali
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
Jabatan Perairan dan Saliran juga Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak begitu memberi perhatian langsung
dibeberapa kawasan rendah yang mudah dilanda banjir termasuk di kawasan Light
Industry SECDO Fasa 2 Batu 3 Jalan Northen Ring.
Kebanyakkan saluran longkang
mahupun parit tidak diselenggarakan ini mengakibatkan bila hujan longkang-longkang
berkenaan mudah dipenuhi oleh air bertakong lantas kawasan rendah mudah
dilandar banjiur kilat.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong
selepas menerima beberapa aduan
daripada penduduk berkenaan bergegas meninjau di kawasan SEDCO yang telah dilanda banjir itu.
Menurut pengadu setiap kali
hujan air begitu cepat mengalir hingga masuk kedalam bengkel atau kilang-kilang
berhampiran ini adalah berpunca daripada saluran parit tersumbat maka air tersekat tidak mengalir keluar
“Setiap kali selepas menerima aduan, MPS mengarahkan pekerja untuk
menggorek parit di kawasan berkenaan, tetapi tiada menelitian dan mengkaji punca yang sebenarnya. Ini
mengakibatkan masalah yang berlaku bertahun-tahun itu tidak dapat diatasi, dan
menyusahkan para pengusaha” Kata Wong
Beliau berharap pihak MSP, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta JKR dapat mengambil tindakan dengan serta-merta, menangani masalah perparitan di kawasan tersebut dengan berkesan, jangan bertangguh sehingga hujan turun dan banjir lagi, menyebabkan para pengusaha mengalami kerugian dan kesusahan.
Wong juga mengambil berat terhadap masalah kerosakan jalan di kawasan tersebut, dan menyifatkan status jalan di kawasan SEDCO tersebut seumpama tiada kerajaan yang mengurus dan menjaga.
Katanya, MPS sebagai kerajaan tempatan, harus mengingati tanggungjawabnya dan mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah perparitan dan kerosakan jalan akibat takungan air.
Beliau menekankan bahawa, para pengusaha di kawasan tersebut semuanya ada membayar cukai pintu dan cukai lesen, MPS berkewajiban untuk menyelenggara dan membekalkan kemudahan asas kepada mereka.

No comments:
Post a Comment