MP SANDAKAN WONG BANTU AHMAD LAJIM TINGGAL DI RUMAH WARGA TUA SRI HARAPAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Seorang  berbangsa Melayu gembel yang  dikenali Ahmad bin Lajim 62   yang mengidapi penyakit kulit dan tinggal ditepi jalan di bandar ini dekat bangunan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebelum ini  kini telah dimasukan ke Rumah Warga Tua Sri Harapan Jalan Sibuga ini  atas daya usaha  pihak Pejabat Parlimen Sandakan.

Setelah beberapa hari Ahmad tinggal dirumah orang-orang tua itu atas keprihatinan dan simpati  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama dengan pembantu khasnya Amsi Liew telah berkunjung  ke rumah warga tua untuk  melawat  dan melihat keadaan Ahmad bin Lajim kelmarin.

Wong berasa gembira kerana Ahmad telah ditempatkan di rumah warga tua, dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam rumah warga tua. Wong juga berjanji akan terus menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Wong juga mengambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dengan pihak rumah warga tua serta penghuni-penghuni yang pelbagai kaum di rumah warga tua, dan beliau mendapati beberapa orang di antara mereka masih memegang IC lama, belum tukar ke MyKad.  

Disebabkan Ahmad bin Lajim dan beberapa orang penghuni di rumah warga tua masih belum menukar IC ke MyKad, Wong berharap Jabatan Pendaftaran Sandakan mengambil berat terhadap perkara ini, mengarahkan kakitangan membawa peralatan ke rumah warga tua untuk mengurus penukaran MyKad mereka.


Wong berkata, Pejabat Parlimen  Sandakan DAP akan menghantar surat ke Jabatan Pendaftaran, meminta jabatan tersebut mengaturkan perkhidmatan mudah-alih untuk membantu penghuni rumah warga tua  bagi menukar MyKad.

No comments:

Post a Comment