By Admin
KUALA LUMPUR:- Laporan
akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah
membuat kesimpulan, antara lain, bahawa "Projek IC" yang begitu
banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.
Siasatan mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.
RCI membuat kesimpulan bahawa terdapat "kredibiliti" dalam testimoni yang diberi oleh lima orang yang mengaku menjadi sebahagian daripada projek yang dikatakan itu.
Menurut laporan itu lagi, lima orang saksi tersebut bagaimanapun tidak disoal balas seperti yang sepatutnya dijalankan semasa perbicaraan.
“Atas sebab itu, dan melihat kepada penafian ke atas dakwaan berkenaan, kami hanya boleh menyimpulkan bahawa ada kebarangkalian bahawa 'Projek IC' sememangnya wujud seperti yang ditunjukkan dalam keterangan lima saksi terbabit.
“Ringkasnya, terdapat kemungkinan bahawa projek tersebut sememangnya wujud pada semua masa yang material,” laporan itu dipetik.

Sementara
itu, Bernama melaporkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata
RCI mendapati pengeluaran kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada
pendatang asing di negeri ini didorong faktor kewangan.
Katanya,
tidak ada dalam hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan pengeluaran IC
kepada pendatang asing dibuat atas kepentingan politik, khususnya atas nama
'Projek IC'.
"(Suruhanjaya
mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan
IC dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut lunas undang-undang.
"Ini
jelas menunjukkan bahawa isu 'Projek IC' yang dibangkitkan tidak timbul,"
katanya dala sidang akhbar bagi mengumumkan Laporan Suruhanjaya Siasatan
Pendatang Asing di Sabah hari ini.
Menurut
Ali, suruhanjaya tersebut membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian 'Projek
IC' itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi "yang bukan sahaja
tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan
kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam
pengeluaran IC secara haram."
Beliau
juga berkata suruhanjaya itu mendapati tidak terdapat petunjuk jelas proses
permohonan dan pengeluaran IC oleh JPN adalah salah mengikut Peraturan
Pendaftaran Negara 1972.
"Perkara
yang salah ialah tatacara yang telah disalahgunakan oleh pemohon dengan memberi
maklumat (peribadi) tidak tepat dan selepas itu, pengesahan maklumat (tidak
tepat) itu dibuat oleh ketua kampung dan sebagainya (pihak berkuasa berkaitan).
"Suruhanjaya
mendapati penggunaan akuan berkanun atau surat akuan yang sebenarnya memudahkan
dan menyerlahkan penyalahgunaan tersebut (maklumat peribadi tidak tepat),"
kata Ali.
Mengenai
orang bukan wargenegara yang mendaftar sebagai pemilih, Ali berkata berdasarkan
keterangan menyeluruh sepanjang prosiding RCI dijalankan, suruhanjaya itu tidak
dapat menentukan bilangan sebenar mereka.
Posted By Sabahkini.net
No comments:
Post a Comment