OLEH: AZMI AZMAN
LINDA ( 2 KIRI) MENYEMPURNAKAH
HARI AIDS SEDUNIA
SANDAKAN: Hari AIDS Sedunia adalah satu
peluang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit HIV dan
mengingatkan masyarakat agar mengamakanl ilmu yang diperolehi .
“Sekiranya kita memahami bagaimana HIV
boleh berjangkit, maka kita pasti tahu bagaimana untuk mengelak
daripada dijangkiti, dan bagi mereka yang positif, anda mesti tahu dan
mengambil langkah untuk melindungi diri anda daripada menjangkiti orang lain,”
kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Tahun Lin semasa merasmikan program
sempena Hari AIDS Sedunia di Pasar Mingguan Sandakan Street Fair kelmarin.
Semenjak kes pertama di Malaysia pada
tahun 1986 sehingga Disember 2013
terdapat seramai hampir 102000 (
101672) orang yang dikesan menghidap penyakit HIV. Yang merungsingkan adalah
34% daripada mereka yang dikesan adalah terdiri daripada kalangan golongan
orang muda umur sekitar 13-29 tahun, kata Linda.
Statistiks menunjukkan ada 60 %
pengurangan kes baru di kalangan lelaki tetapi kes semakin bertambah di
kalangan wanita . Pada 5 tahun kebelakangan ini 10% daripada kes yang dikesan
terdiri daripada golongan surirumah , tambah beliau.
“Tahun lepas sahaja di Malaysia seramai
728 kes wanita dikesan daripada seramai 3393 jumlah kes baru HIV. Negeri
yang paling ramai surirumah yang dikesan positif adalah dari negeri Kedah,
Terengganu dan Kelantan,” katanya.
Punca utama wanita dijangkiti yang
dikenalpasti adalah melalui jangkitan heteroseksual dan menyedihkan
adalah seramai 2% bayi yang dilahirkan dijangkiti oleh ibu yang positif.
Melalui saringan HIV yang dibuat ke atas semua ibu yang hamil yang berklinik
untuk penjagaan antenatal menunjukkan bahawa punca jangkitan di kalangan wanita
yang telah berkahwin adalah melalui pasangan mereka yang berisiko, kata
Linda.
Menurut Linda, sudah tiba masanya di
mana kita perlu berganding bahu untuk memperkasakan wanita dan golongan pemudi
mengenai pengetahuan yang betul mengenai HIV, cara mencegah , membuat saringan,
mencegah daripada mendapat jangkitan , mendapat rawatan dan bagaimana
mendapatkan rawatan.
Sempena Hari AIDS Sedunia ini SAGA
telan mengedar riben merah di Bandar. Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan akan
mengadakan ceramah HIV pada 12 Disember di bilik seminar Lembaga Hasil
Dalam Negeri di Batu 7 untuk semua kakitangan awam, agensi-agensi dan para
pekerja estet.
No comments:
Post a Comment