LAGI LAPORAN POLIS DI BUAT DI SANDAKAN TENTANG ISU MASHITA TUDUH ORANG CINA BAKAR AL-QURAN


OLEH: RAMASAMY A/L KARUNAKARAN

KUALA LUMPUR:- Ekoran ucapan Datuk Mshita Ibrahim Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling di Perhimpunan  Agung UMNO baru-baru ini  yang mendakwa  orang cina di Kedah  telah membaka Al-Quran kini telah menimbulkan kemarahan di kalangan  masyarakat Cina di  seluruh negara ini termasuk ahli-ahli parti komponan Barisan Nasional (BN)  sendiri antaranya MCA, Gerakan  dan LDP.

“Masyarakat cina amat tersinggung dengan ucapan tersebut telah mengguris hati kami kerana ia   berbentuk satu fitnah yang tidak berasas sama sekali.

“Kami amat menghormati apa saja agama di negara ini termasuk agama Islam kenapa kami mahu membakar Al Quran sedangkan masyarakat Cina di negara ini boleh dikatakan hampir 67 peratus mereka dalah beragama Islam” Kata Jurucakap itu.

Katanya lagi dengan tuduhan dan fitnah masyarakat Cina di kedah kononnya telah membakar Al-Quran DAP baru-baru ini membuat laporan polis berhubung fitnah jahat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim


“Kalau begini caranya  orang-orang UMNO suka cari pasal dengan masyarakat Cina saya fikir tidak lama lagi ramai ahli-ahli daripada parti komponen BN seperti MCA,Gerakan dan LPD sudah pastinya mereka akan keluar beramai-ramai meninggal  BN  tidak mustahil perkara ini tidak berlaku.

Rentetan daripada fitnah dan tuduhan liar itu   baru-baru  ini DAP telah membuat laporan polis berhubung fitnah jahat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim, kononnya masyarakat Cina di Kedah membakar Al- Quran.
Laporan dibuat di balai polis Tun HS Lee, Jalan Stadium pagi tadi oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dan Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya.
Teo berkata, kenyataan Mashitah tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
 “Mashitah sangat tidak bertanggungjawab untuk mengatakan seolah-olah orang bukan Islam, terutama masyarakat Cina di Kedah menghina Islam.
“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dan harap polis akan siasat dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan.
Menurut laporan Malaysiakini semalam, Mashitah yang juga perwakilan Wanita Umno Kedah membuat fitnah itu ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno semalam.
Ketua bahagian Umno baling itu dilaporkan berkata itu berkata diberitahu bahawa terdapat dakwaan bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.
“Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak??” katanya seperti dipetik ketika berucap kepada para perwakilan ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial sempena perhimpunan agung Wanita Umno di PWTC semalam.
Namun setakat ini, hanya satu insiden seumpama itu yang dilaporkan berlaku, iaitu pada 20 November lalu yang membabitkan seorang lelaki Melayu kurang siuman yang mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.
“Malah jika benar ada orang Cina yang bakar Al-Quran, ia adalah tindakan peribadi. Saya juga pasti semua orang bukan Islam turut mengecamnya,” kata Ahli Parlimen Kulai itu lagi.
Dalam pada itu, Kasthuri menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menambil tindakan, memandangkan ia dibuat ketika perhimpunan agung parti itu.
“Setiap kali PAU perhimpunan agung Umno, ia jadi medan menghemtam kaum lain. Sedangkan banyak isu nasional boleh dibincangkan seperti keganasan rumah tangga dan pemerdagangan wanita.
“Najib perlu bertanggungjawab kerana ini berlaku di bawah pemerhatiannya. Berdiam diri bermaksud beliau menyokongnya,” katanya lagi.
Dyana Sofya yang trut hadir ke balai polis berkata tiada sebab untuk Mashitah cuba menggunakan fitnah itu untuk menimbulkan permusuhan.
Ini kerana Mashitah melakukan provokasi dengan bertanya sama ada perwakilan Umno ‘merasa tercabar’ dengan tindakan itu.
“Walhal Ketua Polis Kedah sendiri menggesa agar insiden bakar Quran (oleh lelaki kurang siuman itu) tidak dibesar-besarkan.sehingga timbul salah faham,” katanya lagi.  seorang yang membuat laporan berkata, ketua Wanita Umno Baling itu harus meminta maaf kerana
Menuduh Orang Cina Membakar Al-Quran : 5 Lagi Laporan Polis Dibuat Terhadap Mashitah Ibrahim

Lima lagi  laporan polis dibuat DAP hari ini terhadap Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya minggu lepas menuduh orang Cina membakar Al-Quran dalam satu upacara sembahyang di Kedah.

Pemimpin Pemuda DAP Bryan Lew, sala membuat kenyataan yang mencetuskan kebencian.



"Kami menuntut sekeras-kerasnya permohonan maaf beliau, kepada masyarakat Cina khususnya di Kedah, dan amnya di seluruh Malaysia," katanya memandangkan tuduhan tersebut sudah terbukti tidak benar.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata sebelum ini, siasatan polis mendapati insiden mengoyak Al-Quran itu dilakukan seorang lelaki tidak siuman yang ketika ini ditahan di wad psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah.


Lew bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi bersama 4 lagi yang lain iaitu Setiausaha Pemuda DAP Edmund Teoh, Timbalan Pengerusi Wanita DAP Jessica Lew, Setiausaha Wanita DAP Leong Ooi Yee dan Setiausaha Organisasi Pemuda Lan Suet Ling.

Mashitah pada Perhimpunan Agung Umno Rabu lepas berkata, beliau dimaklumkan ketua Wanita Umno Kuala Kedah Noor Hasita Mat Isa, yang orang Cina di Kuala Kedah membakar Al-Quran sehelai demi sehelai sewaktu satu ritual sembahyang.

Teoh berkata bekas timbalan menteri harus disiasat mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat, atas asas agama.

"Kami tidak mahu beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana kami mahu akta itu dimansuhkan.
Setiausaha Pemuda DAP Edmund Teoh (kiri) dan pemimpin Pemuda DAP Bryan Lew berkata Datuk Dr Mashitah Ibrahim harus meminta maaf kerana membuat kenyataan yang mencetuskan kebencian

"Sangat tidak wajar beliau membuat kenyataan itu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua perwakilan Umno bersederhana di dalam perbahasan mereka.

"Nampaknya, perhimpunan yang baru berlangsung itu hanya satu lagi sesi menghentam orang bukan Melayu," kata Teoh.

Beliau juga mendesak ahli Umno berhenti menimbulkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia dan menuding jari kepada kaum lain.

"Kami mahu polis mengambil serius perkara ini kerana tidak mahu ia menjadi permulaan kepada kes sama akan datang.

Semua orang tinggal di negara ini dengan harmoni, Umno mesti berhenti membangkitkan kebencian sesama kita,” katanya.

Teoh juga menggesa Noor Hasita tampil membuat penjelasan, "Selepas apa yang menteri besar Kedah katakan, mereka sepatutnya menarik kembali kenyataan mereka,” katanya.

Setakat ini, 12 laporan polis dibuat terhadap Mashitah yang pada masa sama menimbulkan kemarahan beberapa pihak kerana mempertikaikan kewibawaan artis yang berhijrah dan menggelar mereka 'ustaz ekspres, ustazah jadian'.

Pada hari ini  bersamaan  3hb Disember 2014 satu lagi laporan polis dibuat di Balai Polis Sandakan oleh Timbalan Pengerusi DAP Sabah yang juga Pengerusi DAP Kawasan Sandakan Stephen Wong berhubung kenyataan Mashita Ibrahim yang mendakwa bahawa masyarakat Cina telah membakar Al-Quran.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata kenyataan Mashita itu berbentuk fitnah sengaja untuk menimbulkan rasa kebancian masyarakat Cina terhadap para penganut agama Islam, ini sudah keterlaluan.

“Saya harap Mashita harus memohon maaf secara terbuka tentang tuduhannya itu kerana itu  adalah satu fitnah”kata Wong.


No comments:

Post a Comment