OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong (DAP) menjelaskan bahawa
orang Sabah tidak akan menerima hasil
laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), dengan itu beliau menggesa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib mengadakan persidangan Dewan Rakyat dengan segera,
untuk membahaskan hasil laporan RCI. Itu.
Wong mengkritik kerajaan BN menunggu sehingga sesi
persidangan parlimen pada kali ini berakhir, baru mengumumkan hasil laporan
RCI, mengakibatkan ahli parlimen tidak berpeluang untuk membahas dan
membentangkan pandangan.
Wong percaya bahawa orang Sabah tidak puas hati dengan hasil laporan RCI yang
diumumkan baru-baru ini.
Sebelum ini tarikh pengumuman laporan RCI
ditangguhkan berkali-kali, rakyat menaruh harapan tinggi terhadap laporan
tersebut tetapi begini pula hasilnya.
Rakyat Sabah sememangnya berasa amat kecewa.
Wong berkata sedemikian setelah menerima laporan RCI versi bahasa Inggeris yang
mengandungi 368 muka surat, dan versi bahasa Melayu yang mengandungi 427 muka
surat.
Selain itu, beliau mengatakan bahawa suruhanjaya siasatan diraja memanggil
beratus-ratus orang saksi untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi akhirnya
hanya mengemukakan satu cadangan sahaja, iaitu menubuhkan satu Urus Setia Tetap
untuk mengurus masalah pendatang tanpa izin, dimana ia hanya tercatat dalam
satu setengah muka surat di laporan tersebut, ini memang tidak dapat diterima.
Menurut Wong, dalam laporan RCI, terdapat banyak perkara tidak dijelaskan
dengan sepenuhnya, terutamanya keterangan mahkamah oleh 5 orang pengarah dan
pegawai jabatan imigresen yang membekalkan bukti yang kukuh dah sah, namun
laporan tersebut tetap menafikan kewujudan Project IC.
Beliau juga tidak bersependapat dengan laporan RCI yang tidak menerima kembali
kad pengenalan yang diberi, untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin
mendapatkan kad pengenalan Negara kita secara haram. Beliau berpendapat bahawa
pengeluaran semula kad pengenalan kepada rakyat Sabah merupakan cara yang
berkesan, tetapi malangnya laporan tersebut tidak menerima cadangan ini.
Beliau berkata, kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat
isu pendatang tanpa izin di Sabah, namun ketika kerajaan mengumumkan hasil
laporan surahanjaya siasatan diraja, perkataan ‘diraja' telah dimansuhkan, ini
menunjukkan ketidakhormatan, dan motif di sebaliknya amat diragui.
Selain itu, Wong juga menegaskan bahawa laporan RCI yang baru diumumkan ini
membuktikan kerajaan BN tidak berhasrat untuk menangani masalah pendatang tanpa
izin di Sabah, hanya membiarkan masalah tersebut diteruskan begitu sahaja .
"Dengan laporan RCI ini, orang Sabah sememangnya berasa amat kecewa
terhadap kerajaan BN. Jika Sabah ingin mengembalikan kecemerlangan, Sabahan
mestilah berusaha menyelamat diri sendiri, berani untuk menukar kerajaan." kata Wong.
No comments:
Post a Comment