OLEH:
SHAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI
SANDAKAN:- Program Wanita Anti Jenayah (WAJA)
yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga P186 Sandakan yang
diadakan sehari ini suntuk di ruang legar Masjid Janatun Naim Sri Taman pada
pagi ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang adalah bertujuan
untuk mendedah dan mendidik kaum wanita cara-cara bagaimana untuk
mempertahankan diri bila berdepan dengan penjenayah wanita adalah sering
menjadi mangsanya.
Assistant Superintendent Polis (ASP) Cheah
Sek Ee yang diundang khas daripada Ibu
Pejabat Polis Sandakan telah bertindak sebagai
penceramah dan tutur pada program tersebut.
Terlebih dahulu ASP Cheah
memperkenalkan yang disebut sebagai
“Engage
Housewives in Neighbourhood Safety” adalah satu insiatif di bawah “National Blue Ocean Strategy” (NBOS) matlamat utama inisiatif adalah untuk menjadikan golong suri rumah tangga sebagai rakan polis
dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah.
Katanya seorang pegawai kanan polis wanita
dilantik sebagai “Peace Lady” (AMANITA)
di setiap daeah di seluruh Malaysia bagi menggerakan dan menyelaraskan
penglibatan aktiviti wanita khususnya suri rumah tangga di dalam Program “Neighbourhood
Safety”
“Pegawai Amanita di setiap daerah akan
membuat perjumpaan dengan kaum wanita
khsusnya suri rumah tangga untuk memberikan penerangan secara ringkas tentang
keselamatan diri dan cara untuk berdepan
dengan situasi kecemasan.
Para suri rumah tangga juga akan dilatih
tentang peranan mereka sebagai “mata dan
Telinga” pihak Polis untuk mencegah jenayah di kawasan kediaman mereka” katanya
kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas memberi ceremahnya
dihadapan 150 orang peserta.
Terdahulu dalam ucap alu-aluan Pengerusi
Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Sandakan Noraini Sulong antara
berkata penglibatan kaum suri rumah tangga
dalam mengikuti program Waja ini adalah amat penting kerana sedikit sebanyak
hasil daripada ceramah yang disampaikan itu dan tatacara gerak gerik yang telah
ditunjukan oleh berapa orang anggota polis mengenai seni mempertahakan diri
bila berdepan dengan musuh-musuh yang
tidak undang itu.
“Saya dalam kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli jawatankuasa MPWK Sandakan kerana
atas kerja keras mereka maka dua program iaitu Pertandingan Kraft Kreatif
Jahitan Sulaman Manik yang diadakan kelmarin dan program Wanita Anti Jenayah
(Waja) yang diadakan pada pagi ini ditempat yang sama berjaya dilaksanakan
dengan jayanya”
Dan dengan ini saya tak lupa juga mengucapkan
terima kasih kepada ASP Cheah Sek Ee dan anggota-anggota PDRM kerana sudah
memberi tunjuk ajar kepada para peserta program ini dan tanpa adanya kerajasama
daripada pihak PDRM sudah pasti program ini tidak dilaksanakan” katanya.
Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Haji
Ampong KK Puyon telah merasmikan penutupan Kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman
Manik dan penutupan program waja.
Dalam ucapan ringkasnya Ampong memuji
tindakan dan usaha gigih yang dilaksanakan oleh Pengerusi MPWK Sandakan yang
juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan kerana setiap program yang
dianjurkan pastinya mendapat sokongan yang amat menggalakan.
Ampong berkata kedua-dua program yang
dianjurkan oleh MPWK ini memang amat berguna kepada para peserta untuk
menimba sebanyak sedikit ilmu yang
bermenfaat itu.
Dalam pertandingan Kreatif Sulaman Manik yang
telah disertai seramai 40 orang peserta
daripada LDP Puan Lily Chung telah mendapat gelaran johan kerana hasil kerja
tangannya menyulam manik-manik pada bag tangannya kelihatan tersusun dan
cantik.
Sementara Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung
Papat Saleena Titi dalam komennya
menjelasan walaupun beliau tidak mendapat sebarang tempat tapi beliau bersyukur
dan berpuas hati mengikuti kursus tersebut sehari suntuk walaupun badan
terasa keletihan namun berbaloi kerana
telah mendapat menimba ilmu.
Turut hadir pada majlis penutupan kedua-dua
program itu ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid
@ Hj Utung.