OLEH: SAIMON S JUMADI
RANAU:- Rampasan tanah adat (NCR) di ketiga-tiga buah kampung antara Kampung Malinsau, Kg Mayan dan Kampung Sinurai Ranau adalah dia dianggap sebagai mencabul hak hak asasi manusia.
Mereka penduduki tanah tersebut sudah empat jererasi turun- menurun sejak di zaman nenek moyang lagi sehingga menjadi sebuah perkampungan yang sah dan telah digezetkan oleh kerajaan.
Kenapa fenomena rampasan tanah di Sabah ini semakin menjadi-jadi macam sudah tiada rasa simpati atau dasar kemanusian begitu mudah mengusir penduduk-penduduk kampung yang sekian lama menduduki tanah-tanah tersebut.
Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Salina Titi (gambar) yang meningkuti peristiwa pencabulan hak asasi khususnya rampasan tanah di ketiga-tiga kampung berkenaan memang benar-benar menghayat hati.
“Di mana kah mereka akan tinggal nanti kalau sekirangnya rumah-rumah mereka dimusnahkan sedangkan mereka adalah anak jati Sabah 100 peratus adalah bangsa Dusun dan Sungai tiada kah orang yang mahu membela nasib malang mereka ini ” katanya.
“Jelas bahawa anak jati sendiri akan menjadi pelarian dan merempat di tempat sendiri kerana mereka sudah tidak ada lagi tempat mereka berteduh dan sudah hilang kampungan halaman tempat mereka dilahirkan” tegasnya.
Dalam pada itu mengikut laporan daripada sebuah berita The Sabah Insider News bahawa penceroboh tanah yng dikatakan menjadi pemilik tanah baru telah mengarahkan kepada Polis untuk menembak satu persatu kepada semua penduduk kampung yang terlibat dengan pengusiran itu sekiranya mereka enggan berpindah untuk mengosongkan tanah tersebut maka nyawa mereka berada dihujung senjata polis.
Ini jelas memang akan menjadi kenyataan sekiranya para penduduk terbabit enggan berpindah untuk mengosongkan kawasan tanah-tanah tersebut sudah tentu kita akan menyaksikan bahawa ramai akan mati bergelempangan mayat di sana sini akibat ditembak oleh polis yang telah menerima arahan daripada taukey berkenaan.
Perbuatan kerajaan ini lebih-lebih kejam daripada tindakan rigem zionis Israel kerana sekejam-kejamnya Isreal mereka tidak pula mengusir kaum bangsanya yang menduduki tanah di kawasannya berbanding dengan rakyat di negara ini khususnya di Sabah amnya di Ranau di mana penduduk asal anak jati Sabah akan kehilangan semuanya oleh perbuatan orang-orang yang hanya mementingkan dirinya tanpa ada rasa belas kesihan semata-mata mengikut telunjuk orng Malaya.
No comments:
Post a Comment