AKTA ISA TIDAK KEJAM SEPERTI YANG DIDAKWA SESETANGAH ORANG SAYA PERNAH DITAHAN...KATA IBRAHIM ALI


OLEH: KAMARUN ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Sebelum  Akta Keselamatan Dalam  Negeri (ISA) dimansuhkan ramai yang beranggapan akta tersebut merupakan satu tindakan  dan hukuman yang kejam  kerana sesiapa saja  golongan yang dianggap berbahaya yang boleh mempora perandakan atau mencetuskan huru hara dalam negara  sama ada mereka difitnah atau sebaliknya rakyat pada masa yang sama rakyat terus berhati-hati mengeluarkan apa saja  sentiment  yang berbur hasutan dan sebagainya.
Salah satunya  sesiapa saja dari mereka yang ditangkap di didakwa di bawah akta ISA hukuman tanpa dibicarakan itu membuat rakyat rasa agak takut kalau hendak mengeluarkan kata-kata seperti mengina agama mengina bangsa berbanding sekarang setelah akta yang dimaksudkan dimansuhkan   sebahaian masyarakat tidak kira Cina Melayu dan India sudah hilang rasa hormat kalau mahu maki kah caci kah mereka buat saja didedahkan di laman sosial  tanpa memikirkan risikonya di hari kemudian.

Pada hari ini Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya dapat dilakukan oleh pihak berkepentingan seperti ahli politik semata-mata dan bukannya atas kehendak pihak keselamatan.
“Sewaktu ISA dimansuhkan dahulu ia bukan satu keputusan yang dibuat oleh pihak keselamatan sebaliknya keputusan yang dibuat oleh orang politik sahaja.
“Keputusan itu dibuat kerajan bagi mengembalikan dua per tiga undi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) mereka berjanji untuk memansuhkan akta tersebut kerana pada waktu itu, keputusan berkenaan merupakan keputusan popular dan dituntut” katanya ketika berucap dalam forum ‘Masih Relavankah ISA’ di Taman Melawati hari ini.
Katanya lagi, ISA itu sendiri digunakan untuk keselamatan seluruh rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu, Cina dan India .
“Untuk keselamatan negara, sebab itu kita (Perkasa) bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ISA dan Akta Hasutan 1948,” ujarnya.
Ibrahim turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ISA adalah akta yang kejam, menurutnya sewaktu dia ditahan selama dua tahun dua bulan pada tahun 1974 beliau telah menerima layanan yang cukup baik sepanjang tempoh tersebut
“Sewaktu disana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bercucuk tanam dan bermain badminton.
“Bayangkan saya tukar berus gigi hampir setiap hari ketika ditahan dan saya juga boleh katakan menukar mentega roti setiap hari,” katanya.
Tambahnya lagi, kempen yang dilaksanakan bagi mempertahankan Akta Hasutan 1948 semakin mendapat sokongan dan sambutan dari orang ramai sejak ia dilaksanakan baru-baru ini.
Forum tersebut turut dihadiri oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Nor Abdullah.



No comments:

Post a Comment