OLEH: FRANCIS C.T. LIEW
KOTA KINABALU:- Bahagian
Editorial Portal Online The Sabah Insider.Net
akan mengadakan sesi temuduga untuk mengisi beberapa jawatan Editor, Jurufoto,
Wartawan dan bahagian suntingan pada 20 September ini jam 9.00 pagi bertempat
di CPS Tower Centre Point Tingkat 6 Kota
Kinabalu.
Pengurus Besar yang juga
selaku tuan punya portal Jun Pacifico@Abdullah (gambar) berkata pihaknya sudah menerima beberapa
permohonan yang datangnya daripada Sandakan 3 orang untuk jawatan Editor,
Wartawan dan Jurufoto, Kota Kinabalu 3 Editor 2 Wartawan, Kudat 2 wartawan dan
Tawau editor 2 dan Wartawan 2.
Jun berkata kebanyakkannya
pemohon yang memohon untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan tersebut 60 peratus mereka yang mempunyai
pengalaman dalam bidang kerjaya kewartawanan dan bidang penyuntingan.
“Sebaik sahaja semua jawatan
yang disebutkan itu telah terisi pihak kami akan membuka beberapa -cawangan
antaranya Tawau, Kudat, Sandakan , Lahad Datu, dan Telupid” jelas Jun.
Kata Jun lagi Portal The
Sabah Insider.Net diwujudkan adalah
untuk memberi ruang kepada penduduk-penduduk Sabah khususnya yang tinggal
diluar Bandar (Pedalaman) untuk menyuarakan isi hati mereka mengenai masalah Tanah NCR, mengenai prasarana (pembagunan) dan portal ini juga tidak berat
sebelah tidak menyokong atau terikat mana-mana pihak khususnya badan-badan politik
sama ada pro kerajaan mahupun pembangkang portal ini adalah bebas.
Bagi rakyat Sabah yang ingin
menghantarkan hasil tulisan-tulisan
mereka boleh dikirim melalui email: sabahinsider14@gmail.com
sambil melayari laman web www. Sabahinsider14.blogspot.com
untuk mendapatkan berita-berita panas dan sensasi dengan slogan HOT SPOT NEWS (
UNTUK SUARA RAKYAT SABAH DEMI KEADILAN).
No comments:
Post a Comment