OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: APEK UNSUKOI
SANDAKAN:- Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Besar Negara Datuk
Naimah Ramli berkata keperluan
pemborong memahami kesan pelaksanaan GST terhadap pemborong beras walaupun
beras tidak dikenakan GST tetapi lain-lain kos seperti plastik, pengangkutan utility
ia juga akan terkesan dengan pelaksanaan GST nanti.
Katanya lagi kos-kos seumpama ini perlu diambil kira didalam perancangan
perniagaan di dalam pengiraan kos
perniagaan yang dijalankan.
Naimah berkata demikian semasa berucap dimajlis perasmian Bengkel Penerangan
GST E Lesen Kawal Selia Padi dan Beras Negara anjuran bersama Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (KDRM) BARIM, BERNAS dan
MOA yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel pagi tadi.
“Adalah diharap kesan daripada kos-kos yang disebutkan itu para peniaga
tidak akan menaikan harga beras secara
mendadak ini akan membebankan para pengguna” katanya.
Katanya lagi program yang
diadakan ini juga disengajakan di adakan di Sabah Demi utuk memberi
peluang bagi pemborong-pemborong di Semenanjung dan di Sabah untuk bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain serta mengeratkan hubungan
silaturahim antara pemborong-pemborong
berkenaan.
“Kita tidak menafikan di zaman teknologi yang serba moden ini hubungan boleh dilaksanakan melalui
pelbagai perisian media sosial seperti whatapps, wichat, FB dan lain2 lagi
tetapi munafaat berjumpa secara bersemuka adalah lebih afdal jika dilakukan”
Ujarnya
Sehubungan itu tambah Naimah dengan pembangunan
teknologi, Kawal Selia juga telah melaksanakan Sistem E Lesen di mana ia
bertujuan utuk mempermudahkan proses permohonan atau pembaharuan Lesen kepada pemohonan terbabit inilah salah satu objektif dan tujuan seminar
diadakan untuk memberikan penerangan lebih terperinci kepada para peserta mengenai
proses untuk mendapatkan E lesen.
Beliau berkata program seperti ini juga bertujuan memberi peluang kepada para pemborong
untuk bersemuka dengan pihak-pihak berwajib seperti Kawal Selia dengan para pemborong beras dengan erti kata lain juga dapat mengeratkan hubungan di antara
pemborong dan pihak kawal selia.
“Dalam konteks ini saya menyedari isu terkini yang pasti sering bermain
difikiran anda terutamanya ialah isu
pemotongan kuota yang telah berlaku masa kini dan kes ini Presiden BARIM telah menghubungi
saya mengenai masalah dan ianya perlu diperhalusi dan kami terpaksa mengambil sedikit waktu untuk mengkaji dan mengatasi
perkara ini” tambahnya.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
BERNAS sebagai penaja utama program ini
dan tak lupa juga kepada Dermawati Dato Hj Andi Yakin dari Syarikat Pohon Emas yang bertindakan
sebagai tuan rumah bagi menjayakan
program ini sehingga berjalan dengan lancar” kata Naimah.
Benkel yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang telah
dihadiri lebih 100 dan 80 peratus mereka
adalah terdiri daripada pemborong beras.
No comments:
Post a Comment