TAUKEY ARAH POLIS TEMBAK SATU PERSATU PENDUDUK KAMPUNG YANG ENGGAN BERPINDAH


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

RANAU: Nampaknya  Rakyat di Sabah terutama sekali rakyat dan anak jati Sabah khususnya daripada suku kaum Dusun yang tinggal di kampung Malingsau, Kampung Mayan dan Kampung Sinurai dalam DUN Ranau akan kehilangan tempat tinggal untuk selama-lamanya.

Ketiga-tiga kampung tersebut yang dianggarkan mempunyai jumlah penduduk  lebih seribu orang akan menjadi pelarian ditempat sendiri akan merempat dan lebih baik penghidupan Pendatang Asing Tanpa  Izin (PATI) daripada  Filipina kerana mendapat keistimewaan  yang baik daripada anak jati Sabah.

Ekoran rampasan tanah adar (NCR) yang melibatkan tiga buah kampung  berkenaan ini jelas ia satu  penindasan kepada kaum pribumi sendiri yang sudah menduduki tanah tersebut sudah sekian  lama boleh dikatakan sudah 4  jenerasi turun menurun akan lenyap begitu saja.
 
POLIS AKAN TEMBAK..... Kemungkin semua penduduk  diketiga-tiga buah kampung akan jadi nahas korban tembakan polis sekiranya mereka enggan berpindah







Tidak ada pembelaan terhadap mereka yang ditimpa malang itu di lama sudah perginya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasam Ranau tidak kah ada rasa sedih atau belaskan kesihan  terhadap sebangsanya  yang dimana hak-ahak asasi mereka telah dicabuli oleh orang-orang  luar.
  
Di mana lagi mereka ini mahu tinggal sedangkan rumah-rumah  mereka akan dimusnahkan dan yang paling menyedih kan di mana pemilik baru tanah berkenaan sudahpun mengarahkan pihak polis untuk menembak satu persatu penduduk kampung yang enggan berganjak untuk mengosongkan kawasan tanah-tanah mereka.

Oleh karana  polis akan menerima ganjaran atau upah yang  lebih lumayan maka sudah polis akan patuh kepada arahan taukey untuk membunuh satu persatu penduduk yang degil untuk berpindah.

Menurut salah seorang penduduk yang menjadi mangsa keadaan memberitahu bahawa pihak polis tidak ada kompromi  terhadap  mana-mana penduduk kampong dan mereka tertapksa menyelebelahi pihak tuan punya tanah baru atau Taukey sebab ini adalah arahan dari mahkamah dan juga pihak Jabatam tanah dan Ukur untuk mengusir semua penduduk diketiga-tiga kampung.

“Kami akan lakukan apa saja sama ada kami tembak  semua penduduk kampung yang engkar untuk meninggalkan kawasan tanah ini kami tidah peduli kami akan bayar pihak polis walaupun RM10 juta  untuk menghapus satu persatu penduduk kampung akan jadi korban” kata seorang wakil taukay berkenaan.

“Kami tidak takut dengan undang-undang kami boleh beli mahkamah termasuk sekali  Hakim-Hakimnya  termasuk polis  untuk menyebelahi kami  dan kami akan suruh polis musnahkan satu persatu mana-mana penduduk yang coba melawan kami,  akan bunuh mereka” kata wakil Taukey berkenaan.

No comments:

Post a Comment