OLEH: THOMAS
SUNGGIOK

Shafie yang merupakan
seorang penulis veteran era tahun 1970
hingga akhir 80 an ketika ditemui oleh Sabah Insider pagi tadi menyatakan
kewujudan portal ini adalah merupakan
wadah rakyat Sabah untuk menyuarakan mengenai pencabulan hak-hak asasi rakyat Sabah yang telah banyak ternoda oleh orang-orang luar sehingga tanah-tanah
adat NCR yang sudah turun menurun ke 5 generasi diceroboh tanpa adanya
pembelaan dari mana-mana pihak sehingga penduduk di kawasan pedalaman jadi merempat
ditempat sendiri
“Saya yakin ruang portal yang disediakan oleh pihak
editorial The Sabah Insider sudah semestinya dapat memenuhi cita rasa dan selera pembaca dan sebagai sumber inspirasi dan aspirasi anak
jati Sabah untuk mengetengahkan tulisan tulisan mereka di portal ini yang
berbentuk tangisan dan rintihan rakyat Sabah yang selama ini jadi boneka.
Walaupun kita telah
kehilangan sebuah portal sensasi dan panas iaitu Sabahkini.Net yang banyak membantu membongkar perkara-perkara
songsang namun kita masih ada The Sabah
Insider yang berperanan untuk menyelongkar dan membongkar segala perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang” tegas
Shafie.
“Saya sebagai anak jati Sabah
berbangsa Brunei ayuh kawan-kawan anak
jati Sabah sama-samalah kita bangkit
dengan penuh semangat yang jitu untuk memberikan sokongan penuh terhadap
penerbitan berita-berita di portal The Sabah Insider.Net” ujarnya.
Sementara dalam kenyataan
Pengurus Besar Jun Pacifico The Sabah Insider.Net diujudkan adalah sebuah
portal bebas tidak terikat dengan mana-mana badan politik sama ada pro kerajaan
atau pembangkang semua bahan-bahan berita dan tulisan akan disiarkan asalkan
tidak melanggar etika penerbitan yang boleh menyalahi undang-undang.
Alamat email: sabahinsider14@gmail.com dan laman
website http// www.sabahinsider14.blogspot.com mereka adalah dialu-alukan untuk
menghantarkan karya-karya mereka.
Kata Pacifico lagi The Sabah Insider baru tiga hari beroperasi sudah mendapat sambutan daripada pembaca di negeri ini mencecah seramai 338 orang ini menunjukkan rakyat Sabah daripada suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Bumiputera dan termasuk pembaca dari kalangan masyarakat Cina semakin berminat untuk mengikuti perkembangan portal ini sebagai wadah suara rakyat Sabah.
No comments:
Post a Comment