OLEH:
THOMAS SUNGGIOK
FOTO:
APEK ANSUKOI
SANDAKAN:- Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong berkata Negeri Sabah khususnya di kawasan pedalaman masih daif dalam arus pembangunan infrastruktur yang dinikmati
oleh rakyat.
Walaupun Sabah sudah merdeka
51 tahun tetapi 60 peratus rakyatnya yang tinggal di kawasan luar bandar namun
kehidupan mereka masih berada di paras kemiskinan bah kata orang kais pagi untuk pagi kais
petang untuk petang.
Melalui program Impian Sabah
yang diusahakan oleh DAP beberapa buah kampung terpencil di mana mereka masih lagi menggunakan
air perigi dan sungai sebagai sumber
bekalan air keperluan harian yang kebersihannya
tidak terjamin telah digantikan dengan
air paip yang disambung dari air tadahan bukit berhampiran yang dibina melalui gotong royong dengan tulang empat
kerat bersama ahli-ahli DAP dan penduduk-penduduk
kampung berkenaan untuk menjayakan projek tersebut.
Wong berkata demikian ketika
memberi ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Malaysia
2014 ke 51 (16-09-1963-16-09-2014) yang
diadakan di Dewan Hakka Sandakan malam tadi
“Inilah salah satu objektif
sebenar Program Impian Sabah ditubuhkan adalah
untuk memantau dalam pelbagai aspek khususnya yang ada kaitan dengan keperluan
rakyat agar mereka dapat dibantu dengan sedaya upaya bagi mengatasi permasalahan mereka yang selama
ini tekah diabaikan oleh pemimpin kerajaan BN” tegasnya.
Wong berkata demikian ketika
memberi ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Malaysia
2014 ke 51 (16-09-1963-16-09-2014) yang
diadakan di Dewan Hakka Sandakan malam tadi
Wong juga yang selaku Pengerusi
Penganjur majlis tersebut Wong berkata majlis itu diadakan selain untuk
meraihkan sambutan Hari Malaysia 51 ia
juga bertujuan untuk mengisi tabung (dana) hasil jualan meja sebanyak 150 meja itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang
yang juga Setiausaha Agung DAP Nasional
Lim Guan Eng adalah antaranya sebagai
tetamu kehormat pada majlis tersebut dan beberapa
ADUN dan Ahli Parlimen DAP dari Semenanjung dan Sabah termasuk juga rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat James
Gani dan Shafie Hj Talip (Marlini Manja) .
Sebagai menyerikan suasana
majlis tersebut beberapa acara tarian
pelbagai kebudayaan telah dipersembahkan di hadapan seramai
1,500 penonton.
No comments:
Post a Comment