PENJUAL IKAN PASAR LAHAD DATU BETUL-BETUL HISAB DARAH PEMBELI


OLEH: KALVIN THIEN

LAHAD DATU:-  Terdapat sesetangah penjual ikan di beberapa pasar umum Lahad  Datu, Tawau dan Sandakan mereka mengambil kesempatan dengan sengaja menaikan harga ikan melambung tinggi dengan alasan kononnya ekoran daripada tindakan ESSCOM mengadakan Perintah Berkurung jadi inilah puncanya bekalan ikan daripada nelayan telah berkurangan.

Dalam tinjauan  wartawan  The Sabah Insider  di pasar umum Bandar Lahad Datu kelmarin ramai pelanggan rasa tidak puas hati dengan kelakuan peniaga ikan di pasar berkenaan kerana telah menaikan harga ikan tiga  kali ganda  dengan alas sukar untuk turun kelaut untuk menangkap ikan kerana Perintah Berkurung jadi hasil tangkapan agar berkurangan.

HARGA HISAB DARAH....Penjual ikan di Pasar Lahad  Datu betul-betul cekek leher pembeli

Sebenrnya  alasan seribu alasan  yang diberikan oleh beberapa penjual ikan tersebut tidak munasabah walaupun ESSCOM telah mengenakan perintah berkurung hanya  bermula dari jam 6.00 petang hingga ke jam 6.00 pagi para nelayan tidak dilarang untuk  menangkap ikan di peraian jarak jauh dari darat hingga ke dasar permukahaan laut  sejauh 50 batu nautika jika nelayan hendak melepasi jarak tersebut mereka harus memohon permit dan diajukan di mana-mana balai polis  berhampiran  atau berjumpa sendiri mana-mana Ketua Polis  Daerah di tempat masing-masing dengan syarat membawa dokumen diri dan dokumen yang berkaitan yang asal untuk mempermudahkan pihak polis memproses permohonan permit itu.

Beberapa nelayan tempatan yang sempat menemui wartawan  The Sabah Insider  mereka menjelaskan contoh terdekat ikan tenggiri  harganya dijual kepada penjual ikan pertama harga 1kg ialah RM5.00 sahaja  sebagai harga borong   tetapi apabila mereka menjual kepada pembeli harga  melonjak sehingga RM16.00 1kg.

“Walaupun masa perintah berkurung untuk mencari ikan di laut tiada masalah sebab kita masih ada ruang seluas 50 batu nautika jarak yang diberikan dan  kelonggaran kepada nelayan oleh pihak kerajaan bukan kecil kawasan” kata seorang nelayan yang tidak mahu disebut namanya.

Jadi perintah berkurung bukan dijadikan  satu alasan untuk menaikan harga ikan dengan sesuka hati tanpa memikirkan risikonya kalaupun mahu mencari keuntungan bukanlah sehingga keparas 80 peratus sehingga menyusahkan pelanggan untuk makan ikan yang digemarinya.


No comments:

Post a Comment