AKTA HASUTAN TAKUT DENGAN IBRAHIM ALI SBAB ADA ILMU KEBAL UNDANG-UNDANG


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

KOTA KINABALU:-  Rakyat di negara ini menganggap Mahkamah yang sedia ada kurang adil mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana individu yang telah melakukan perkara-perkarang songsang yang boleh mencetuskan kemarahan bangsa lain 
  
POH LAH.....Ibrahim Ali kenapa saya takut dengan Akta Hasutan 1948 siapa berani menangkap saya ini Ibrahim Ali kebal dengan undang-undang akta hasutan



Ini jelas apa yang diperkatakan 60 peratus rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak daripada berbilang kaum  bahawa Datuk  Ibrahim Ali Presiden PERKASA agak kebal dengan pelbagai undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948.
Setiap perkataan Ibrahim sama  ada dilafazkan  secara spontan di akhlayak ramai mahupun di laman sosial FB yang berbentuk hasutan seperti mencaci agama Kristian, memaki hamun bangsa India, memaki hamun bangsa Cina hendak membakar semua gereja yang ada di negara ini perkara terbaru membakar bible dan patung paderi gereja.
Walaupun perbuatan Ibrahim Ali jelas boleh menimbulkan pergaduhan besar antara kaum-kaum cina,india kerana dihina di caci agama dan bangsa mereka bertubi-tubi namun pihak KDN atau polis tidak berani membuat tangkapan  kepada Ibrahim Ali kalau lain orang yang berbuat demikian sudah lama diumban ke penjara bertahun-tahun lama-lamanya. 
Mungkin Ibrahim Ali mempunyai ilmu kekebalan lantas pihak polis takut mengambil sebarang tindakan walaupun perbuatannya berbetuk menghasut boleh membuat huru hara  dalam negara.
Lantaran kata  Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda, Safwan Anang  di Malaysia ini hanya seorang individu sahaja yang boleh terselamat daripada Akta Hasutan iaitu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Pandangan ini dinyatakan oleh Safwan berikutan dirasakan kerajaan telah bertindak zalim dengan menggunakan akta ini ketika berucap di majlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
“Tiada yang terselamat kecuali Ibrahim Katak seorang (Ibrahim Ali). Ini bukan marah tapi geram.
“Kita semua tahu perangai Ibrahim ini, dia lah raja segala menghasut, raja segala perpecahan, main sentimen politik perkauman tetapi sepatah haram pejabat peguam tidak kata apa,” katanya ketika berucap di Dewan Perhimpunan Cina.
Selain itu Safwan berkata kerajaan sampai hari ini masih berdolak-dalih untuk menghapuskan akta ini.
“Janji kalau sudah sebut mesti kena tunaikan, tapi Najib tunai atau tidak? Masih belum lagi.
“Tetapi Akta Hasutan masih rancak digunakan oleh kerajaan. Saya dan Adam Adli telah didakwa dibawah akta ini sejak dari zaman belajar lagi.
“Jika mahasiswa, N. Surendran boleh didakwa dibawah akta ini,siapa yang tidak boleh kena dakwa dalam akta ini,” soalnya.
Safwan juga mendakwa tujuan kerajaan dakwa ahli politik adalah sebab mereka nak pastikan tidak akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan parlimen Batu, Tian Chua dan Padang Serai, N. Surendran.
“Cukup kerajaan bagi denda lebih RM2,000, maka lucutlah jawatan ahli parlimen.
“6 September yang lalu saya dikenakan hukum, 10 bulan penjara. Kes saya, dia (kerajaan) tak nak bagi denda tetapi bagi penjara sebab saya bukan ahli politik,” ujarnya.
  
“Kita  semua tahu perangai Ibrahim  Ali ini dia adalah  raja segala penghasut,raja segala perpecahan main sentimen politik perkauman suka hina bangsa cina, hina bangsa india hina agama kristian jangan kata polis hendak ambil tindakan sedangkan sepatah haram pejabat peguam tidak boleh buat apa-apa kepada Ibrahim Ali” tambahnya.



No comments:

Post a Comment