PERKASA PERLU BANTU PRIBUMI SABAH HABIS TANAH NCR DIRAMPAS OLEH KELONGMERAT DARI SEMENANJIUNG


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

KOTA KINABALU:-  Daripada mengutuk sana- kutuk sini  mencaci dan menghina  kan bagus kalau menyurakan hal-hal yang ada kepenting rakyat agar PERKASA dan Presidennya tidak digelar atau dicap sebagai racist  oleh rakyat di negara ini.
Contohnya  pada hari ini Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendesak Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengambil tindakan untuk memastikan rizab Melayu yang belum diganti diselesaikan segera.
Menurut Ibrahim, Ahli Majlis Tertinggi Umno juga patut menubuhkan jawatankuasa untuk tujuan sama.
“Menjadi kesalahan jenayah jika tanah rizab Melayu tidak diganti mengikut kehendak undang-undang,” katanya kepada Sabah Insider.Net malam tadi
Gesaan itu dibuat berikutan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus sahaja.
“Sepatutnya tanah rizab Melayu kekal 50 peratus sepanjang masa, sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan negara dan selaras dengan wasiat Raja-Raja Melayu.
“Namun rizab Melayu yang diambil tidak diganti sebagaimana yang ditetap oleh undang-undang,” jelasnya.
Tambahnya, beliau sudah beberapa kali membangkitkan perkara tanah rizab Melayu sewaktu menjadi Ahli Dewan Rakyat.
“Selain itu sewaktu Persidangan Agung Perkasa, dua tahun berturut-turut saya telah berucap dalam membentangkan usul mengenai Tanah Rizab Melayu, namun tiada apa-apa tindakan.
“Oleh itu saya rasa isu tanah rizab Melayu makin serius dan kerajaan harus menyelesaikan segera masalah ini,” ujarnya.

Banyak lagi isu-isu yang perlu didedahkan khususnya di kawasan pedalaman di negeri Sabah habis tanah orang-orang kampung yang berstatuskan NCR telah diceroboh sedangkan tanah-tanah itu adalah tanah adat sudah turun menurun empat generasi sejak dari hutan belukar kini telah berubah wajah jadi kebun  getah, kebun buah-buahan sehingga menjadi ladang sawit habis dirampas oleh golongan kelongmerat dari Semenanjung.


Kes ini yang harus dipertahankan oleh PERKASA bantu kaum pribumi  Sabah yang telah menjadi mangsa keadaan  hendak rujuk kes ini kepada Jabatan tanah dan Ukur Sabah mereka juga bersekongkol dengan kelongmerat atau kapitalis dari Semenanjung yang rakus mengambil hak-hak orang Sabah.

No comments:

Post a Comment