DARI MEJA EDITOR
SABAH INSIDER
OLEH SAIMON S JUMADI
DI
mana-mana tempat di persekitaran bandaraya Kota Kinabalu dari hujung ke hujung
sudah semestinya terserempak pengemis jalanan yang terdiri anak-anak Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) duduk ngelesot sambil menadah tangan minta sedekah.
Kita
nak tahu adakah fenomena ini dibiarkan begitu saja oleh pihak perkuasa tempatan
termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa diambil tindakan atau dipantau.
Memang
agak sukar untuk mengambil tindakan kerana mereka bukan rakyat tempatan sedangkan mereka
juga tidak mempunyai dokumen pengenali
diri.
Walaupun
demikian pihak kerajaan khususnya pihak DBKK dan Jabatan kebajikan Masyarakat
masih ada ruang untuk menghalang mereka untuk meneruskan pengemis jalanan.
No comments:
Post a Comment