Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR)


Copyright from Suara Sabah


KEMASKINI : Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau
Berikut adalah Kenyataan di Laman Sosial oleh Ruth Allez yang kini dikongsi lebih 700 kali di Laman Sosial Facebook. 
PERINGATAN : Semua maklumat yang dikongsikan di sini adalah sebagai perkongsian sahaja. Pihak kami tidak pernah menyatakan ia adalah  BENAR Melainkan selepas Pihak yang berkenaan Tampil memberikan Penjelasan.
Tanah di Kg Sinurai
Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau (MAWASI) oleh mantan YB ERA 70-an yang kemudiaannya geran tanah tersebut dijual oleh anaknya kepada syarikat Worthy Palms Sdn Bhd (dari Selangor). Bagi saya yg terlibat secara langsung dalam hal ini, bukan salah sepenuhnya oleh pihak syarikat (atau sekarang isu sedang dimainkan ialah Malaya-kebetulan syarikat yang beli dari Malaya) tetapi dari orang sendiri / Pemimpin Sendiri / YB sendiri!… dengan “bantuan” Jabatan Tanah dan Ukur.
Apa yang berlaku sangat mengecewakan kami. Banyak kata simpati dan sokongan yang kami terima. Kami juga berterima kasih kerana byk pihak (NGO terutama PACOS dan SSPR) jg tampil menyumbang idea malah tenaga dalam perjuangan kami. Sekarang ini kami sdg berjuang melalui undang2 dan pada masa yg sama kami mengharap simpati dari pihak kerajan. Berharap agar RAKYAT DIDAHULUKAN.
Melalui mahkamah, kami cuba utk mengetepikan possession order yg diperolehi oleh syarikat dengan mudahnya. Pihak kg tidak pernah menerima sebarang surat panggilan perbicaraan.SALAH SIAPA KAMI TIDAK TAHU. Kami kalah malah permohonan interim stay kami ditolak.
Ringkasan KEPUTUSAN Hakim:
1. Kalau Geran tanah sudah keluar, Tanah Adat (NCR) tidak boleh wujud lagi;
2. Kalau tidak puas hati, SAMAN Kerajaan; dan
3. Kos RM3 ribu / Permohonan (RM6 ribu untuk 2 permohonan)
Sekarang kami sedang membuat rayuan dan menurut peguam kami keputusan dijangka keluar pada bulan Oktober. Surat rayuan kami kpd kerajaan kami htr kpd CM, Wakil2 Rakyat kami, Pengarah Tanah dan Ukur Sabah, Pemungut Hasil Tanah Ranau dan banyak Jabatan yg terlibat. Pd 2 Julai 2014 Pengarah telah meluluskan permohonan kami utk jumpa beliau. Perbualan adalah seperti berikut:
Dlm bilik mesyuarat, T. Pengarah bersama 2 pegawai dan sedang memegang dokumen yang kami htr.
T. Pengarah: ini tanah sudah lulus lama sudah. sejak dari beluran lagi.
KamiMcm mna plak? Ada sesuatu yg tdk kena bah pengeluaran geran ini. Byk bantahan kami sda buat. 1998 RSP sudah kena batal. Pihak Jab Tanah tdk ambil peduli bantahan kamikah?…….
T. P: Ko fikir kami tidak buat kerjakah? bukan kena batal tapi kawasan tanah org kg perlu dikeluarkan terlebih dahulu (dgn muka dan nada marah)
Kami: Jadi kenapa tanah kami tidak dikeluarkan? kenapa bila juruukur comp dtg menyukat, rmh, jalanraya, kolam dan kebun kami semua masuk? Tiada on the ground pengukurankah?
T.P: Rasanya ada masalah dlm pengukuran. kena tunggu pengarah lah (kemudian call pengarah tdk lama kemudian pengarah masuk)
Pengarah: apa masalah
Kami: Ulang lagi dari A to Z.
Pengarah: Mana fail (barulah pegawai ambil fail). Cuba baca laporan pengukuran.
Pegawai : Tanah sudah diusahakan dengan tanaman seperti getah, buah-buahan dan padi. Malah banyak kawasan merupakan bekas penanaman padi
Pengarah: Siapa yg Tanam? (pegawai diam, kami pun angkat tangan). takkan itu company dtg jauh2 tanam padi. mcm mna kamu ni? Siapa sign?
Pegawai: …. (nama pegawai di Jab Tanah Ranau).
Pengarah: Buduh. Nanti sya suruh org sya buat pemeriksaan.
Kami: buat apa periksa lagi. dlm fail ada 2 laporan pemeriksaan tdk cukupkah?
Pengarah: biar kami buat kerja kami. kamu percaya jak kerajaan.
Kami: selama ni kami percaya tp tengok apa jadi
Pengarah: tidak2.. sa suruh org sa masuk. jgn kamu halang. nanti lepas periksa tengok mcm mna
Kami: jadi kamu akan revoke tu geran?
Pengarah: Tengoklah mcm mna
The end
Melalui undang2 mahupun rayuan kami tdk akan putus asa. Setinggi mana pun mahkamah, kami akan pergi. Mahkamah tertinggi adalah milik sang pencipta. Kami tidak akan sesekali berundur dari perjuangan ini. Bukan setakat maruah kami yg mereka ambil malah nyawa penduduk kg krn tanah adl nyawa mereka. Hanya satu kata Perjuangan, LAWAN!.Galus Ahtoi
23.09.14 para pegawai dr Jab Tanah tiba di kg Malinsau untuk buat pemeriksaan. 24.09.14 pihak company masuk dengan 2 bas, 6 buah kereta, 1 jentolak. Sekarang ini, Syarikat masih di kg dan sgt rakus utk memusnahkan ladang getah milik penduduk Sinurai. Penduduk masih berusaha menghalang tanaman mereka dimusnahkan. Bantuan segera yg sangat kami perlukan sekarang adalah supaya Syarikat jgn dulu masuk kawasan ini. Untuk seterusnya kami minta agar geran ini dipindahkan.
Bantulah kami MP Ewon Ebin Ranau Joachim Gunsalam Masidi Manjun Datuk Faimin Kamin dan doakan agar kami menang perjuangan ini.

No comments:

Post a Comment