GARA-GARA PERINTAH BERKURUNG PENJUAL IKAN MENAIKAN HARGA IKAN MELAMBUNG TINGGI




OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak ESSCOM bermula dari jam 6.00 petang hingga ke 6.00 pagi di perairan dari Kudat hingga ke Tawau bukan satu alasan sukar untuk menangkap  ikan di laut.

Pihak ESSCOM telah memberi ruang kepada para nelayan   sejauh 50 batu nautika dari darat hingga kepermukaan dasar laut untuk mereka menangkap ikan keluasan yang telah diberikan itu bukan kawasan kecil.

Ketua Wanita  Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Puang Saleena Titi (gambar) berkata demikian kepada   The Sabah Insider News   malam tadi ketika mengulas satu berita yang tersiar diportal FST News pada 12 September lalu bertajuk “ Perintah Berkurung Telah Dijadikan Satu Alasan Untuk Menaikan Harga Ikan Melambung Tinggi”
 
Dalam konteks ini kata Saleena mengenai perintah berkurung para nelayan tidak timbul sebarang masalah mereka seperti hari-hari biasa pergi kelaut untuk menangkap ikan sedikitpun tidak menjejaskan kegiatan mereka,  dan bekalan ikan mencukupi di pasaran. 

“Tetapi yang amat mengecewakan ialah sikap sesetangah penjual ikan di pasar  bukan saja di Pasar Umum Sandakan bahkan wabak ini telah melarat dan merebak di beberapa pasar-pasar umum di daerah-daerah lainnya.” Katanya.

“Ini jelas segelintir perjual ikan memberikan alasan disebabkan  perintah berkurung yang dijalankan sekarang ini adalah  penyebab utama bekalan ikan agak berkurangan maka para penjual ikan menaikan harga ikan melambung tinggi  ini satu alasan yang tidak munasabah sengaja mahu mencari kesempatan dan mencari keuntungan yang tidak berpatutan itu.

Dan perkara ini tidak harus dibiarkan berterusan  berlaku kerana menysusahkan kepada pengguna  dan saya mewakili masyarakat setempat meminta kerjasama sepenuhnya kepada pihak Kementerian Perdagangan  Dalam  Negeri  Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya membuat serbuan mengejut di mana-mana pasar umum untuk mempastikan ujudnya fenomena songsang ini” tegas Saleena.





No comments:

Post a Comment