SABAH SUDAH MERDEKA 51 PENDUDUK LUAR BANDAR MASIH DAIF PEMBANGUNAN DAN DAIF KEHIDUPAN HARIAN


OLEH:  THOMAS   TAMBAKOY


SUGUT:-  Sabah sudah mengecapi kemerdekaan 51 tahun  tetapi ramai penduduknya yang tinggal di kawasan pedalaman  terpencil masih dahagakan pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan khususnya daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri Sabah pada hari ini.

Dalam tinjauan krew The Sabah Insider.Net ke kawasan luar Bandar di DUN Sugut Kampung Pinangkau Paitan  masih ramai penduduk di kampung berkenaan yang terdiri anak jati Sabah berbangsa Sungai masih masih  di paras kemiskinan  rumah mereka kebanyakkannya  beratapkan daun rumbia dan berlantaikan, berdindingkan kulit kayu minum air perigi.

Para pemimpin Kuala Lumpur kalau bercakap tak serupa bikin kononnya tahap kehidupan rakyat sekarang meningkat rakyat tak perlu bimbang itu di Semenanjung coba mereka datang ke Sabah pergi kekawasan luar Bandar khususnya dipedalaman apa sudah jadi.


Esok rakyat seluruh Sabah menyambut hari Sabah ke 51 tahun  16 September 2014  memang tidak dinafikan adakah juga kawasan-kawasan pedalaman yang mendapat kemudahan seperti jalanraya dari simpang Telupid  ke Daerah Tongod, dari simpang Sapi ke Jalan Paitan memang cantik termasuk Jalan ke Sukau.

Akan tetapi bagi kawasan pedalaman yang lainnya masih dahagakan kemudahan-kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan BN untuk dinikmati rakyat,.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan Bandar mereka boleh berbangga dengan mengecapi kemerdekaan 51 Sabah sebab serba serbi lengkap  berbanding penduduk luar Bandar bukan saja daif dalam pembangunan infrastruktur  bahkan kedaifan dalam mengharungi kehidupan seharian kais pagi makan pagi.


No comments:

Post a Comment