SUMBANGAN DARIPADA
SAIMON
S JUMADI
Email:
ssjumadi@gmail.com
BATU SAPI:- Sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi
yang telah diberi mandat oleh rakyat di kawasan tersebut yang membabitkan dua
kawasan DUN Karamunting dan Sekong tidak pernah mengabaikan atau membelakangi segala
keperluan rakyat terutama sekali dalam aspek pembangunan infrastruktur
dan kemudahan-kemudahan asas seperti jambatan dan lain-lain untuk dikecapi oleh
penduduk-penduduk berkenaan.
Setiap kampung yang menghadapi pelbagai
masalah yang berkaitan dengan pembangunan dan kemudahan asas sentiasa dilawati agar segala
setiap masalah bukan saja dapat dipantau bahkan diambil tindakan segera dengan
cara bergilir-gilir.
Datuk Linda Tshen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi
pagi tadi telah membuat lawatan di kampung Cecilia untuk meninjau masalah jambatan kayu yang dalam keadaan usang yang
perlu dibaiki semula.
Katanya jambatan tersebut memang perlu
dibaiki kerana ia sebagai kemudahan asas untuk penduduk setempat berulang alik dari satu tempat kesatu tempat.
“Kita akan baiki kerosakan Jambatan
tersebut dengan beberapa segera yang
boleh ini sejajar Rakyat Didahulukan
Pebcapaian diutamakan” katanya.
Dalam lawatan tersebut Linda ditemani oleh
Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Toi dan pemimpin-pemimpin
masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment