TUNGGU ADA PENDUDUK MAMPUS TERJATUH BARU KERAJAAN BAIK PULIH JAMBATAN USANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TITIAN USANG.....Bila-bila saja  BOLEH mengundang  maut   kalau ada orang  terjeblos  jatuh kebawah  dari jambatan  ini yang tida Kmempunyai lantai ini


LIBARAN:- Jambatan Kayu Kampung Pulau Nunuyun yang kini telah uzur tiada seorangpun yang ingin bertanggungjwab untuk membaik pulih jambatan tersebut.

Kerosakan jambatan itu ia boleh mengundang bila-bila saja kepada pengguna yang menggunakan titian itu silap langkah  mereka boleh jatuh.

Bukankah ADUN Sungei Sibuga telah melantik seorang Pemaju Mukim  untuk menjaga kampung Pulau Nunuyun  dalam pelbagai aspek kebajikan penduduk dan masalah-masalah prasarana .

Semuanya adalah diatas tanggungjawan Pemaju Mukim untuk memainkan peranaan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh wakil rakyat Sungei Sibuga  untuk melaporkan apa-apa saja masalah yang terdapat di kawasan persekitaran kampung yang dimaksudkan.

“Saya lihat keadaan jambatan yang telah uzur itu di mana sebahagian  tidak mempunyai papan lantai berlubang di sana sini ini jelas boleh membahayakan kepada penduduk setempat yang  menggunakan jambatan sebagai titian utama laluan orang ramai” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.

“Kami kesal dengan sikap beberapa pemimpin walaupun mereka telah mengetahui masalah tersebut tapi enggan mengambil sebarang tindakan untuk membaik pulih titian dan mungkin menunggu ada orang kampung jatuh mati (mampus) baru para pemimpin berkenaan tergesa-gesa mengambil tindakan drastic” kata penduduk itu lag

No comments:

Post a Comment