MP BATU SAPI SAMPAIKAN BANTUAN PERALATAN GOTONG ROYONG PADA MANGSA KEBAKARAN KG GAS

OLEH: CHING KIM YUN


Linda (3 kiri ) menyampaikan chainsaw kepada mangsa kebakaran Kampung Gas yang diterima oleh seorang  wakil sambil diperhatikan oleh pegawai beliau dan penduduk kampung


 BATU SAPI:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Gas berupa sebuah gergaji berantai (Chainsaw) untuk mereka menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan bekas tapak kebakaran


Mesin berkenaan telah disampaikan oleh Linda sendiri kepada wakil mangsa kebakaran ketika beliau melawat mangsa-mangsa di penempatan semantara yang terletak di Kampung Gas Baru. 

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin masyarakat dari kawasan situ.

Seramai 273 orang dari 46 buah keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di  perkampungan tersebut yang terletak di kawasan Batu Sapi penghujung bulan lepas.

Kebakaran yang berlaku pada pagi 27 Disember lepas telah memusnahkan sebanyak 17 buah rumah tetapi tiada laporan kemalangan jiwa .


No comments:

Post a Comment