SAMBUTAN MAUDIR RASUL PERINGKAT DAERAH BELURAN DAPAT SAMBUT

OLEHk SHAIMON S JUMADI


BELURAN: Perhimunan  sambutan Maulidur Rasull SAW 11436H/2015M Peringkat Daerah Beluran dengan berarak sambil membawa sepanduk secara beramai-ramai mengelilingi pekan itu, kelmarin telah dihadiri lebih 1,000  orang yang datang daripada pelbagai kampung

Perarakan dimulakan dari pentas terbuka Majlis Daerah Beluran sehingga melewati beberapa kawasan yang berakhir di Dewan Serbaguna diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Merangkap Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib di samping isterinya Datin Hajah Noriah Pg.Ahmad.

Seramai 18 buah kontinjen terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, badan-badan NGO, kampung-kampung serta sekolah-sekolah mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula seawal jam 8 pagi itu.

Sekali pun keadaan cuaca yang sedikit mendung tetapi masyarakat di daerah berkenaan terutamanya yang berugama Islam tidak melepaskan peluang menyertai perarakan yang diserikan bacaan 'Asrokal' dipimpin Ustaz Sabuangin Abd.Amin yang berkumandang sepanjang perarakan tersebut.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Beluran, Mahmud Awang Hussin; Naib Ketua Bahagian, Ariffin Bacho; Pegawai Daerah Beluran selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan berkenaan, Suhaili Riman dan Ketua Daerah Beluran, Abdul Rashid Dundulang.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Merangkap Adun Labuk iaitu Datuk Seri Micheal Asang turut hadir semasa berlangsungnya sambutan di dalam dewan berkenaan yang menyaksikan pengumuman tokoh-tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat daerah selain pemenang pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan kontinjen teramai.

Acara sambutan turut meriah dengan beberapa persembahan lagu-lagu nasyid berbentuk kasidah di samping ceramah agama oleh Ustaz Mohd Jumat Abdul Razak dari Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Seramai tiga orang pemimpin masyarakat di Beluran telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1436H / 2015M bagi peringkat daerah berkenaan iaitu masing-masing Haji Ismail Salleh dan Madayang Abdullah, manakala KK Habirin Hassan sebagai penerima Tokoh Kepimpinan Kariah.

Anugerah hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai serta plak khas disampaikan James pada majlis sambutan yang bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' ini.

Terdahulu, James semasa berucap menyempurnakan sambutan berkata semangat perpaduan perlu disemarakkan dalam setiap lapisan masyarakat dalam mewujudkan suasana aman dan harmoni.

Katanya, keadaan itu akan membolehkan negara mencapai kemajuan dan kejayaan lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan.

Menurutnya lagi, perpaduan di kalangan masyarakat boleh dicapai dengan mengamalkan kesederhanan serta berusaha merubah hidup Umat Islam kepada kehidupan lebih baik 

sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.

"Perpaduan juga diamalkan di peringkat kerajaan yang berjaya mendorong kemajuan dalam pelbagai bidang tanpa mengamalkan pendekatan ekstrim.

"Ia sekaligus meletakkan kedudukan umat Islam di negara ini sebagai umat yang mampu mencapai kejayaan dalam kesederhanaan di peringkat global," jelasnya.

James yang juga merupakan Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd menyarankan umat Islam mencontohi keperibadian Rasulullah SAW bagi melakar kejayaan yang lebih besar dan bermakna terhadap perjuangan membela agama, bangsa dan negara sebagai cara menunjukkan perasaan cinta terhadap sanjungan kepada Nabi Muhammad.

Jelasnya, langkah itu mampu mendorong umat Islam menjadi umat yang mempunyai perpaduan tinggi sekaligus mampu memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

"Kehadiran kita dalam majlis yang mulia ini melambangkang ketaatan kita kepaa Allah SWT dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai rasul pilihan dan pemimpin teladan yang menjadi rahmat kepada sekalian alam.

"Bersempena dengan hari memperingati keputeraaan Nabi Muhammad ini, saya ingin mengajak seluruh umat Islam khususnya di daerah Beluran untuk sama-sama mencontohi sifat-sifat mulia Baginda.

"Jika kita menyingkap sirah Rasulullah, banyak kisah dan teladan yang jelas menggambarkan bahawa Baginda merupakan seorang insan yang amat bersopan-santun dalam tutur kata, bersikap jujur dan memiliki budi pekerti yang luhur.


"Saya menekankan perkara penting berkaitan akhlak kerana sejak kebelakangan ini, begitu banyak berlaku gejala sosial yang semakin merosakkan jiwa, moral dan akhlak ummah khususnya yang cuba melemahkan dan meracuni pemikiran generasi muda Islam kita.

"Oleh itu, bagi menggambarkan akhlak dan keperibadian Islam yang sebenarnya, tidak lain dan tidak bukan ia telah sedia ada dalam diri Rasulullah SAW. Malah, ramai orang bukan Islam termasuklah musuh-musuh Baginda yang telah memeluk Islam kerana berasa sangat kagum dengan akhlak serta keperibadian mulia Baginda," ujarnya.





No comments:

Post a Comment