OLEH:
SHAIMON S JUMADI
KETUA WANITA BAHAGIAN PBS TANJUNG PAPAT SALEENA TITI
SANDAKAN-
Ekoran dakwaan orang ramai yang mendakwa ikan besar seperti ikan merah,ikan
putih, ikan tongkol dan ikan panic telah
disuntik/disimbah dengan air mayat (air
keras) perkara tidak boleh dipandang ringan ia perlu diambil tindakan serius kepada para peniaga terbabit berbuat demikian.
Tindakan
segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab
menyuntik dan menyiram ikan-ikan yang dijual dipasar-pasar berkenaan ia boleh
mengancam dan memudaratkan manusia kalau setiap kali memakan ikan-ikan
tersebut.
Ketua
Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat Saleena Titi berkata
perkara begini tidak boleh dibiarkan
begitu saja kerana para peniaga yang terbabit boleh dakwa di bawah undang-undang Akta Racun 1952.
“Dengan
ini saya minta kerjasama pihak Jabatan Perikanan untuk memantau dan menyiasattkan
terperinci keatas dakwaan itu jika benar perlu diambil tidakan undang-undang.” Ujarya
Saleena berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan media berhubung
dengan fenomena tersebut sambil menyatakan kekesalan terhadap segelintir
peniaga ikan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan
risiko dan akibatnya.
MRS SHIRLEY CHIEN KETUA BAHAGIAN PBS TG PAPAT
Sementara
komen Ketua Bahagian PBS Tg Papan Puan Shirly Chien yang baru sebentar tadi
dihubungi melalui panggilan telefon turut kesal terhadap perbuatan para peniaga
ikan jika benar apa yang didakwa orang ramai bahawa ikan-ikan tersebut disimbah
air mayat (Air Keras) Jabatan Perikanan harus ambil tindakan drastic kepada
peniaga terbabit.
“Saya
amat memandang serius terhadap perkara ini dan tidak boleh biarkan begitu saja
jelas boleh membahayakan manusia” kata Shirley.
No comments:
Post a Comment