OLEH:
SHAIMON S JUMAD
SANDAKAN:-
Cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk
mengadakan pendaftaran semula kerakyatan di Sabah supaya dapat menangani
masalah pendatang asing di negeri ini
kian berlambak akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.
“Dengan
tindakan pihak kerajaan berbuat demikian ini satu harapan besar bagi penduduk
Sabah ianya dialu-alukan dan disambut baik oleh semua pihak” Kata Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong ketika mengulas satu kenyataan yang tersiar dimedia
baru-baru ini.
Wong
juga pernah mencadangkan sebanyak 2 kali untuk meluluskan pemberian kad
pengenalan Sabah di persidangan Dewan Rakyat, untuk menangani masalah pendatang
asing yang dihadapi oleh negeri Sabah sekian lama ini.
Wong
berkata, setelah pendaftaran semula kerakyatan Sabah dilaksanakan, kerajaan
wajib mengumpul kembali kad pengenalan warga asing.
Kata
beliau, cadangan Pairin untuk memberikan permit kerja yang sah ataupun kad
pengenalan yang khas untuk mengenalpasti warga asing, juga merupakan cara yang
boleh diterima.
Selain
itu, Wong juga berpendapat bahawa selepas kerajaan mengumpul kembali kad
pengenalan bukan penduduk Sabah, kerajaan harus mengeluarkan maklumat mereka
daripada senarai pengundi, pastikan hanya orang Sabah yang layak untuk
mengundi.
No comments:
Post a Comment