OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong
membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri
melalu laman sosialnya (FB) yang menyarankan kaum Melayu supaya memboikot
perniagagan Cina.
Wong
menyifatkan sentiment itu berbaur perkauman yang boleh menimbulkan kemarahan di
dikalangan masyarakat Cina di Negara ini sepatutnya Perdana Menteri melucutkan
Ismail dari terus menyandang jawatan tersebut serta merta.
Wong
berkata, kenyataan Sabri bukan sahaja menyakitkan perasaan dan perhubungan di
antara kaum, malah amat tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan
mengandungi sentimen perkauman, jika Najib serius terhadap konsep 1 Malaysia,
maka beliau harus melucutkan jawatan Sabri dengan segera, kerana Sabri tidak
layak untuk menjadi menteri rakyat Malaysia!
Jika
Najib bertoleransi dengan kenyataan tersebut, ini bermakna konsep 1 Malaysia
hanya wujud pada nama sahaja, dan juga membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan
yang rasis.
“Mengapakah
hanya menyalahkan peniaga Cina? Terdapat ramai peniaga yang tidak amanah tanpa
mengira kaum, masalah ini tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman! Setiap kaum
ada pencuri, penjahat dan peniaga tidak amanah, jika semua ini menyalahkan
orang Cina sahaja, perbuatan dan motif sebenar menteri amat diragui, beliau
tidak layak menjadi menteri kita!”
Selain
itu, Wong juga berkata, Sabri selaku menteri dalam kabinet, seharusnya
menggunakan kuasa pentadbiran untuk menyelaraskan jabatan yang berkaitan,
menghukum peniaga yang tidak amanah, bukannya mengeluarkan kenyataan seperti
itu, menyebabkan rakyat bertentangan dan berpecah-belah, mengakibatkan lagi
banyak perselisihan faham dan tindakan ekstrem berlaku.
Beliau
berharap Najib bertanggungjawab dengan kabinet dan kerajaan, menunjukkan kepada
rakyat nilai kesederhanaan yang dilaung-laungkan di majlis Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu, melucutkan jawatan Sabri dengan segera.
Beliau
juga mengutuk keras Sabri mengeluarkan kenyataan sebegitu, menimbulkan isu
perkauman yang sensitif, mewujudkan perkara yang tidak benar dan tidak adil
terhadap orang Cina.
Pada
hakikatnya, ramai orang Cina juga mengalami masalah yang sama, disusahkan oleh
peniaga yang tidak amanah. Orang miskin tiada mengikut bangsa, orang Cina juga
adalah mangsa, mengapakah menteri hanya menujukan kepada orang Cina sahaja
Wong
menegaskan bahawa, tidak kira bagaimana menteri berdalih, kenyataan tersebut
kini telah merosakkan perhubungan kaum, memusnahkan konsep 1 Malaysia Perdana
Menteri.
Jika
Najib adalah Perdana Menteri yang mengamalkan kesederhanaan, maka harus memohon
maaf secara terbuka kepada masyarakat Cina menjelang Tahun Baru Cina ini, dan
melucutkan jawatan Sabri.
“Apakah
perasaan kaum cina yang berada di parti komponen BN MCA , GERAKAN dan LDP bila mana seorang ahli parti komponen BN sendiri
begitu tergamak mengeluarkan kenyataan berbaur
perkauman yang boleh menyakitkan hati serta boleh menimbulkan kemarahan seluruh
masyarakat Cina yang ada dipelusuk tanah air ini apakah tindakan mereka seterusnya terhadap prlaku Ismail Sabri ” Tanya Wong
Dalam perkembangan berkaitan kenyataan Ismail Sabri Yaacob yang menyetuh dan menghiris hati orang Cina diseluruh negara Presiden MCA pula campurtangan untuk membidas kenyataan tersebut yang berbentuk rasis yang boleh menimbulkan kemarahan dan kecil hati kaum Cina di Malaysia.
Bagi pandangan analisis politik kalau sikap pemimpin Barisan Nasional suka menikan dari belakang kepada parti-parti komponen BN sendiri seperti MCA nescaya sebelum pilihanraya umum ke PRU 14 mereka pastinya membawa partiparti komponen BN lainnya seperti MIC Gerakan, PBS PBRS, LDP dan UPKO untuk meninggalkan BN.
Kata sumber itu lagi jika sentimen Ismail Sabri itu yang menyentuh perasaan hati kaum Cina jika PM tidak akan mengambil tindakan atau PM sendiri tidak mahu menasihatkan Ismail Sabri tentunya parti-parti komponen seperti yang disebutkan itu mereka akan keluar meninggal BN ini pasti akan berlaku sebelum PRU 14 nanti.
No comments:
Post a Comment