OLEH: SHAIMON S JUMADI
Kini
penurunan kadar tariff elektrik di Sabah hanya diturunkan 1.2sen/KWJ atau kadar
penurunan 3.5% sahaja, manakala kadar penurunan tariff elektrik di Semenanjung sebanyak 5.8% atau
2.25sen/KWJ ini tidak adil untuk rakyat
Sabah.
Ahli
Perlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata, Sabah merupakan negeri pengeluar
utama petroleum dalam negara, tetapi kini kerajaan BN menurunkan tarif
elektrik, kadar penurunan tarif elektrik Sabah adalah kurang berbanding dengan
Semenanjung, ini amat mengecewakan orang Sabah.
“Kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri BN, serta menteri BN harus menjelaskan apa
sebabnya kadar kenaikan tariff elektrik Sabah lebih tinggi berbanding dengan
Semenanjung, manakala semasa menurunkan tariff pula kadar Sabah adalah kurang
berbanding dengan Semenanjung, sila berikan penjelasan.”

Menurut
Wong, pada tahun 2011 hingga 2015, kerajaan BN memberikan peruntukan RM 2.4 billion
di bawah RMK10 untuk projek pembangunan sistem elektrik Sabah, tetapi akhirnya
hanya mendapat RM 300juta peruntukan, hanya 12.5% daripada sasaran asal.
“Berharap
menteri BN mengumumkan peruntukan untuk Sabah, jangan hanya untuk menenangkan
rakyat Sabah. Yang orang Sabah mahu ialah kerajaan betul-betul menyelesaikan
masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, diharap kerajaan dapat menepati
janji. Ujarnya.
No comments:
Post a Comment