DAP-LDP DAN PBS ANJUR RUMAH TERBUKA CNY UNTUK RAPATKAN SIRATULRAHIM ANTARA SEMUA KAUM

OLEH’ SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Majlis Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choi Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  yang diadakan pada hari ketiga CNY dikediamannya di Taman Sibuga dekat sini meriah.

Ramai yang datang yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum tanpa mengiri fahaman idologi politik yang berbeza.

Wong yang ditemui oleh media antara lain menjelaskan tujuan mengadakan rumah terbuka tahun baru cina adalah untuk merapakan lagi talisiratulrahim antara kaum-kaum yag ada di Sandakan ini.

“Lagipun rumah terbuka tahun baru cina yang di sambut   ini sememanglah sudah menjadi ada resam semua kaum sama ada Hari Raya Puasa, Har Natal, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Pesta Kaamantan” ujar Wong.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu antaranya pemimpin parti PKR, BN da juga DAP.

Sementara rumah terbuka tahun baru cina  hari pertama anjuran parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin yang dilangsungkan  Dewan SM Yu Yuan disambut meria.

Selain tarian singa sebagai sajian namum persembahan nyanyian telah diadakan untuk menghiburkan para tetamu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan adalah antaranya sebagai tetamu kehormat pada majlis rumah terbuka CNY itu.

Antara pemimpin kanan PBS yang turut hadir ialah Datuk Radin Malih, Datuk Micheal Asang, Datuk Jamilah Sulaiman. Datuk Yee Moo Chai dan Ketua  Bahagian Tanjung Papat  Shirley Chein dan termasuk Ketua Wanita PBS Tanjung Papat Saleena Titi.
 
Manakala rumah terbuka CNY Parti Liberal Democratic (LDP) yang diadakan pada hari pertama di Gelanggang Futsal yang diketua oleh Datuk Lim Ming Ho juga disambut penuh meria.


Antara tetamu kerhormat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting  Charlie O Pang Ketua Wanita UMNO Baahagian Sandakan Noraini Sulong.



No comments:

Post a Comment