SAMSUDIN LANCAR PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR PANTAI PASIR PUTIH

OLEH:  SHAIMON S JUMADI
FOTO ROZIANA  SARABI


SEKONG:- Semua pihak harus sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar di satu-satu kawasan tertentu demi menjaga kebersihan dan keindahan tempat

Terutama sekali kawasan pantai tempat orang ramai beriadah, bersantai dimusim-musim hujung minggu harus diambl kira kebersihan diutamakan demi mencatikan suasana pantai itu kelihatan indah bersih elok dipandang mata para pengunjung setempat dan juga pengunjung luar.

Contohnya Pantai Pasir Putih  ianya  satu-satu pantai yang terdapat di daerah Sandakan berkududkannya ditepi jalan  ia merupakan pantai tercantik  sejak dari zaman dulu sehingga kini orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pantai tersebut sambil membawa keluarga untuk beriadah untuk menghirup udara nyaman lantas jangan sesekali dicemarkan oleh buangan sampah sarap ditepi pantai berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudn Yahya berkata demikian ketika melancarkan program Cintai Alam Pantai Pasir Putuh anjuran  Persatuan Belia Kampung Cenderamata yang diadakan di Pantai Pasr Putih dekat sin kelmarin.

Samsudn memuji pihak persatuan tersebut yang diketuai oleh Roziana Sarabi kerana prihatin dan sama-sama bertanggungjawab bagi memainkan peranan belia untuk membersihkan sekitar kawasan pantai berkenaan.

“Tindakan Persatuan Belia Kampung Cendermata menganjurkan  program sedemkian harus disambut baik dan sokong oleh semua pihak ini juga boleh dijadikan contoh mana-mana pertubuhan NGO dan persatuan-persatuan yang ada di Sandakan agar mengikut jejak persatuan belia Kg Cenderamata menganjur program  seumpama itu ” ujarnya.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Puan Rahimah Asrah.




No comments:

Post a Comment