OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Sandakan Stephen Wong berkata kelmarin walaupun Awnar Ibrahim di penjara selama lima
tahun dan merupakan hari gelap dan juga satu tamparan bagi Pakatan Rakyat namun DAP akan meneruskan perjuangan demi keadilan
untuk masa depan yang lebih baik untuk
rakyat jelata.
.
Wong
percaya bahawa ramai rakyat Malaysia berasa amat kecewa atas hukuman Anwar
dalam kes liwat, kerana sistem kehakiman tidak adil, keadilan tidak dapat
ditegakkan.
Wong
berpendapat bahawa, Anwar dihukum penjara 5 tahun dalam kes liwat kali kedua ini,
menunjukkan sistem kehakiman negara ini tidak adil, Malaysia juga kehilangan
arah bermula pada saat itu.
Beliau
berkata, ahli parlimen menggubal undang-undang, tetapi pihak kehakiman pula
tidak hormat pada undang-undang, ini amat mengecewakan.
Wong
berkata, masyarakat antarabangsa termasuk US Embassy, Amnesty International,
Human Right Watch, organisasi antarabangsa dan banyak negara yang lain turut mengutuk
keras hukuman tersebut, ini menunjukkan ketidakadilan sistem kehakiman di
Malaysia telah menjadi bahan lawak antarabangsa.
Beliau
yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, kini DAP akan terus tabah dan
maju ke depan, teruskan perjuangan ke arah keadilan dan kepenti Stngan rakyat,
memperjuangkan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat.
Selain
itu, sempena Tahun Baru Cina, DAP Sandakan akan mengadakan Rumah Terbuka pada
28 Februari (Sabtu), pukul 10 pagi hingga 1 petang di Restoran Kenalanmu batu
4, rakyat Sandakan dijemput hadir dan meraihkan perayaan ini bersama-sama.
No comments:
Post a Comment