TERNYATA TAMAN PERUMAHAN BUKAN MILIK LPPB-LPNB-SPNB TIADA TAPAK RUMAH IBADAH DISEDIAKAN

SOROTAN DARI JENDELA EDITOR
SHAIMON S JUMADI


BANYAK  perumahan di daerah Sandakan tumbuh macam cendawan di sani sini, ini menunjukkan kepesatan pertumbuhan pembangunan  intrastruktur semakin meningkat  untuk kemudahan orang ramai yang mampu membeli rumah-rumah mewah dan sedarhana.

Dalam kebanyakannya  taman perumahan itu 70 peratus dimiliki oleh bukan bumiputera hanya 30 peratus sahaja perumahan dipunyai oleh Lembaga Pembangnan Perumahan dan Bandar (LPPB) dan selebihnya dimilik oleh Lembaga Perumahan Negara (LPNB) atau Suruhanjaya  Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Walaupun pertumbuhan perumahan dikatakan tumbuh macam cendawan tetapi malang sekali pemaju tidak ada menyidiakan tapak untuk rumah ibadat di satu-satu taman perumahan tertentu.

Kecuali taman perumahan yang dimilki oleh LPPB dan LPN baru ada tapak untuk rumah ibadah disediakan contoh seperti Taman Indaj Jaya, Taman Raja Wali, Taman Murni (PPR) Taman Mesra, Sri Taman, Taman Merpati dan Taman Mawar.

Bagi masyarakat Islam yang membeli rumah-rumah seperti di Taman Tyng, Taman Saujana, Taman Utama, Taman Pertama dan lain-lain perumahan yang bukan di miliki oleh LPPB dan LPN sukar untuk masyarakat Islam yang mahu mengerjakan ibadah kerana ketiadaan rumah ibadat.

Kenapa pihak kerajaan tidak mensyorkan kepada para pemaju bukan bumiputera  supaya disetiap taman perumahan yang didirikan harus menyediakan tapak tanah reserb untuk rumah ibadah untuk masyarakat Islam.

Mungkin juga bermasalah sekiranya pemaju itu memberikan kelonggaran atau keutamaan setiap taman perumahan mempunyai surau atau masjid nanti mengganggu para penduduk bukan Islam bila azan berkumandang diawang-awang empat kali sehari Subuh Zohor, Asar, Maghrib dan Isyah.

Kita masih ingat lagi bila mana penduduk Taman Indah mua-mula mendirikan Masjid  ramai penduduk bukan Islam yang anti Islam tidak puas hati dengan terbinanya masjid itu kerana siang malam telah menggangu penduduk oleh azan.

Cerita ini saya terpaksa saya bongkar  satu persatu beberapa orang bukan Islam telah memungut tandatangan daripada penduduk bukan Islam mereka menentang habis-habisan supaya masjid itu tdak dibenarkan azan baik siang atau malam dan juga subuh mereka menganggap satu ganguan kepada penduduk.
  
Surat bantahan Azan hampir sampai ketangan Wakil Rakyat Elopura mujur saya terserempak dengan dua tiga orang Cina yang bertujuan untuk menemui Adun Elopura untuk menyerahkan surat bantahan Azan itu.

Tetapi malangnya niat dan hajat mereka tidak kesampaian setelah saya bagi tahu mereka perkara yang sebenar.

Saya bagi tahu mereka kamu sedarkah apa yang kamu buat untuk menghalang masjid azan kenapa kamuhantar surat sama YB kenapa kamu tidak hantar surat bantahan ini kepada polis cawangan khas.

Kalau surat batahan azan ini sampai ketangan cawangan  Khas sudah tentu kamu ditahan masuk lokap berminggu-minggu sebab kamu telah menghina agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Akhirnya mereka tak jadi menyerahkan surat itu kepada ADUN Elopura kemudian mereka pulang.

Saya ulangi kamu jangan main-main pasal agama Islam nanti kamu dapat susah. Iniah kisahnya jika perumahan tersebut dimiliki bukan bumiputera  lah dapat tapak rumah ibadah ini sudah terlulis tersurat dan tersirar dimindda mereka kempunan saja kalau boeh dibagi tapak.


Pada kesimpulannya jelas sekali taman-taman perumahan yang bukan milik LPPB dan SPNB/LPNB sememangnya mereka tidak mahu menyediakan tapak untuk rumah Ibadat seperti Surau atau Masjid kerana azan itu satu gangguan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment