OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Sri Dr. Maximus Ongkili turut
membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Sri Ismail
Sabri Yaacob agar orang Melayu memboikot perniagaan Cina seperti yang tersiar
laman Sosial (FB)nya lima hari yang
lalu.
Dr
Maximus berkata selanjutnya sebagai seorang Mentei kabinet seharusnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan
seperti itu yang boleh menyinggung hati
dan perasaan bangsa lain ini jelas melalui sentiment sedemikian boleh
mencetuskan kemarahan masyarakat Cna diseluruh Malaysia.
Maximus
berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam Bersama
Timbalan Presiden PBS disalah sebuah restoran di Pasir Putih malam tadi.
Katanya
lagi kita sebagai rakan kongsi dalam pembetukan kerajaan yang membabitkan kaum
Melayu, India dan Cina seharusnya Ismail pandai menjaga sensitivity kaum bangsa
lain bukan cakap main lepas cakap sembarangan sahaja tanpa memikirkan implikasinya.
Tambah
Maximus lagi Mesyuarat cabinet yang diadakan dua hari lalu Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut kesal apa yang telah dilakukan oleh
Ismail Sabri yang sepatutnya tidak membuat sentimen yang boleh menyakiti hati
bangsa lain.
Sambil
mengingatkan ahli-ahli PBS Maximus berkata sebagai rakan kongsi dalam cabinet kerajaan
Negeri seharusnya mempunyai kesabaran hati walaupun parti PBS mendapat sedikit
tekanan demi tekanan daripada komponen
BN yang tersebar.
Turut
hadir pada Majlis tersebut Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin,
Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat, Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjng Papat
Saleena Titi, Datuk Jahid Jahim dan para pemimpin kanan PBS Pusat.
No comments:
Post a Comment