DIMANA TANGGUNGJAWAB KPDNKK PANTAU HARGA BARANGAN SEMAKIN NAIK MELAMBNG TINGGI 90 PERATUS

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:- Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Kudat membuat serbuan mengejut keatas 20 primes peniagaan di sekitar bandar itu yang tidak menurunkan harga barangan satu usaha yang baik.

Dengan penyerbuan secara mengejut pihak KPDNKK itu telah berjaya mengambil tindakan serta mengompaun 20 peniaga yang telah didapati menaikan harga barang sempena bakal menyambut Tahun Baru Cina ini.

Di Daerah Sandakan KPDNKK tidak ada membuat pemantauan atau membuat serbuat keatas para peniaga di  daerah ini, disebabkan kegagalan pihak KPDNKK membuat pantauan ramai peniaga telah menaikan harga barang sehingga 90  peratus.

 

Contoh yang terdekat di salah sebuah kedai India di Taman Mesra harga barang yang dijual seperti minyak masak harganya 1 kg sebungkus dijual RM3,00 gula 1kg 3,10 beras nasional 10 kg satu kampit dijual dengan harga RM23.00.

Ini semua berpunca kegagalan pihak KPDNKK sendiri yang gagal membuat pantauan  ke primes-primes peniagaan seluruh  daerah Sandakan.




HARGA SEBENAR RM2.50 DIJUAL DIKEDAI INDIA TAMAN MESRA RM3,00







Harga bahan mentah seperti ayam harga ayam bulat dijual dipasar 1kg harga 10.50 kepak ayam RM14.00 dada RM11.00 harga-hara bahan mentah ini masih harga ditahap yang sama tiada sedikit penurunan walaupun bahan apa telah menurun menjunam.

Dengan kenaikan harga barang-barang yang mendadak ini membuat pelanggan semakin risau tambahan dimusim-musim menyambut tahun baru cina sebilangan besar peniaga telah menaikan harga barangan hingga 90 peratus.


Dimana letaknya tanggungjawab KPDNKK untuk memantau keatas para peniaga yang terlibat berbuat demikian dibiarkan begitu saja  sehingga menyusahkan pelanggan.

No comments:

Post a Comment