KUPASAN DARI MEJA
EDITOR
TINDAKAN
para peniaga di bandar-bandar utama yang menyuntik ikan-ikan dengan
menggunakan air keras (air mayat) telah terbongkar di Keningau, Sandakan dan
Lahad Datu
Kebanyakan jenis ikan yang
disuntik itu ialah ikan merah, ikan putih dan termasuk ikan panik (ikan tongkol ) dan semangin (menangin) supaya ikan-ikan tersebut
jual dipasaran akan bertahan lebih lama
seperti mana mayat kalau simbah air keras dan tidak mudah reput bertahan berbulan-bulan.
Berhubung dengan isu
ini saya ingin merujuk berita yang tersiar di Sabahkini.Net yang bertajuk APS : JABATAN
PERIKANAN HARUS SIASAT KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN t pada 6hb Februari 2015.
Perkara menyuntik
ikan menggunakan bahan pengawet atau air mayat (Air Keras) lama sudah diketahui
umum tetapi mereka tak ambil kisah walaupun ikan-ikan yang disuntik itu bila
dimakan aka membawa kemudaratan kepada manusia
seperti dapat sakit kanser.
Dalam kesempatan ini
saya mengucapkan syabas atas kebaranian Naib Presiden Angkatan Pertubuhan Sabah
(APS) Paul Kadau yang membongkar
aktiviti-aktiviti menyiraman air mayat keatas ikan-ikan tersebut.
Ini semuanya berpunca
daripada ketiadaan pemantaun oleh Jabatan Perikanan maka kegiatan
menyuntik ikan dengan menggunakan air mayat semakin menjadi-jadi di kalangan
sesetangah peniaga ikan di beberapa bandar utama ini.
Bagi pendapat para
peniaga berbuat demikian mereka langsung tidak mengambil kira soal memudaratkan
manusia yang mereka fikir ialah keuntungan saja kamu mampus-mampuslah apa kami peduli itu
yang sering main dikepala otak
mereka.
Petikan berita yang ada hubung kaitan dengan isu
tersebut
APS : JABATAN PERIKANAN HARUS SIASAT
KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN
Oleh: DARREL MAT SALONG
PAUL KADAU selaku
Naib Presiden APS.
KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah
(APS) Keningau memandang serius kegiatan segelintir pembekal ikan ke daerah
pedalaman khususnya di Keningau dipercayai telah memasukkan ubat ‘Pengawet
Mayat’ ke dalam ikan menggunakan suntikan berdasarkan rakaman video yang
dihantar ke pihak APS.
Justeru, Jabatan Perikanan dan juga lain-lain
agensi yang berkaitan digesa agar melakukan pemeriksaan mengejut terhadap
pembekal-pembekal ikan sebelum ianya diedarkan atau dijual ke setiap daerah di
negeri ini, kata Pengerusinya Paul Kadau, ketika memberitahu pemberita pada
Ahad.
APS Keningau telah menerima rakaman
video iaitu pembekal-pembekal sedang memasukkan ubat pengawet mayat itu ke
dalam ikan mengunakan ‘injection’ namun tidak diketahui jenis pengawet yang
digunakan, tegasnya.
“Saya difahamkan perbuatan ini sudah
lama diamalkan oleh beberapa pembekal ikan agar ikan laut kelihatan segar dan
tahan lama tanpa menghiraukan kesihatan orang ramai.
“Ramai penduduk terutama sekali pembeli
ikan merungut dan merasa hairan mengapa rasa kelazatan ikan laut sejak
kebelakangan ini apabila dimakan rasanya tidak sedap terutama sekali apabila
digoreng,” ujarnya.
Paul yang juga merupakan Naib Presiden
APS berkata, beliau tidak bermaksud untuk menyalahkan para penjual ikan di
mana-mana pasar ikan di pedalaman kerana mereka sebenarnya langsung tidak
menyedari masalah tersebut.
Tambahnya, pihak berkuasa terutama
sekali Jabatan Perikanan agar mengambil perhatian serius perkara tersebut serta
mengambil tindakan tegas mengikut undang undang yang sedia ada terhadap
pembekal ikan yang didapati mengunakan ubat mayat.
Hal ini kerana, perbuatan sedemikian
tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesannya akan menjejaskan kesihatan
manusia pada keseluruhannya secara jangka panjang, tegasnya.
No comments:
Post a Comment