OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Ahli Parliman Sandakan (DAP) Stephen Wong menyokong penuh tindakan kerajaan
melaraskan tangga gaji pekerja
tetapi masalahnya adakah setiap
majikan memperoleh keuntungan yang banyak.
Wong
berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dengan kenyataan Timbalan
Ketua Menteri Datuk Raymond Tan yang menunjukkan bahawa “pendapatan bulanan untuk
sara hidup di Kota Kinabalu adalah sekurang-kurangnya RM3000, pihak majikan
disaran agar melaraskan gaji pekerja, dan lebih daripada separuh rakyat
berpendapatan kurang daripada RM2500 sebulan”,
Wong
menjelaskan ramai pekerja di KK bukan
sahaja berpendapatan kurang daripada RM2500, malah kurang daripada RM2000.
Kata
Wong lagi jika majikan benar-benar
beruntungan besar, memang patut tambah gaji pekerja, tetapi terdapat ramai
majikan, terutamanya pengusaha perniagaan kecil dan sederhana amat susah, tidak
cukup untuk perbelanjaan sendiri, apatah lagi melaras gaji pekerja?
Tambah
beliau, di antara sebabnya ialah harga barang tinggi menambahkan kos, harga
minyak jatuh tetapi harga barang tiada turun, tarif elektrik tidak diturunkan
dan sebagainya, semuanya adalah faktor yang menyebabkan majikan tidak berupaya
untuk melaras gaji pekerja.
Menurut
Wong, yang paling penting ialah Dasar Kabotaj (dasar pengangkutan laut)yang
telah dilaksanakan selama berpuluh-puluh tahun di Sabah, menyebabkan harga
barang di Sabah lebih tinggi 30% hingga 40% berbanding dengan Semenanjung.
Kejadian monopoli dan syarikat kroni, termasuk pembaharuan permit pekerja asing
diserahkan kepada 1 syarikat sahaja, dan setiap pekerja asing dikenakan bayaran
sebanyak RM38, semua ini menambahkan beban majikan.
Wong
berkata, apabila kos bertambah, peniaga pasti akan mengalihkan kos tersebut,
akhirnya menyebabkan kos barang melambung tinggi. Wong berpendapat bahawa,
sedangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan amat prihatin terhadap
perkara ini, maka beliau harus mencadangkan pemansuhan Dasar Kabotaj di Kabinet
Negeri, menurunkan tarif elektrik, dan memansuhkan bayaran RM38 untuk
pembaharuan permit pekerja asing, menurunkan cukai jalan lori Sabah yang kini
lebih tinggi berbanding dengan semenanjung, menambahkan had berat lori supaya
sama dengan Semenanjung, membantu menurunkan harga barang tempatan, dengan ini
membolehkan majikan berupaya untuk melaras gaji pekerja.
Beliau
menegaskan bahawa, semua ini memerlukan pimpinan kerajaan untuk bertindak, barulah
rakyat akan menerima manfaat, bukannya hanya mengenakan bayaran daripada rakyat,
seperti tindakan MPS mendahului daerah yang lain melaksanakan dasar fi lesen
terhadap pusat kecantikan dan pusat kesihatan.
Wong
berkata, kerajaan BN harus menghentikan dasar monopoli dan syarikat kroni,
barulah dapat membela nasib rakyat, ini barulah “rakyat didahulukan”, tetapi
nampaknya amat susah untuk dicapai.
No comments:
Post a Comment