OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Penghuni warga tua di Rumah Warga Tua Sri Harapan dan orang-orang kurang upaya
dari Rumah Amal Cheshire Home Sandakan
telah diraihkan majlis jamuan
makan tengah hari sempena bakal menyambut Tahun Baru Cina bertempat di Dewan Sebaguna Sri Harapan dekat
sini tengah kelmarin.
Program
itu adalah anjuran DAP dan kerjasama Pejabat Parlimen Sandakan yang diketuai
oleh MP Sandakan Stephen.
Selain
mereka menjamu selera mereka juga menerima Ang Pau Kong Hee Fatt Choi daripada
Wong untuk kegunaan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tiga hari lagi
dari sekarang disamping mereka itu telah dihiburkan oleh tarian singa.
Wong
selaku Ahli Parlimen Sandakan turut mengucapkan terima kasih kepada Penguasa
Rumah Warga Tua Sri Harapan kerana memberikan kerjasama kepada pihaknya untuk
menjayakan program tersebut.
“Walaupun
kami dipihak pembangkang kami juga mempunyai rasa kasih sayang terhadap
orang-orang tua yang telah tersisih daripada keluarga mereka terutama sekali
mereka yang bakal menyambut tahun baru cina” Jelas Wong.
TERIMA KASIH YB...Amat Lajim yang pernah hidup merempat gelandangan-keluyuran dijalanan kini hidupnya lebih selesa di Rumah Warga Tua Seri Harapan....terima kasih YB Wong kalau bukan pertolongan kamu saya tentu tidak tinggal di tempat istimewa ini
Semasa
Wong dan rombongan mengagih-agihkan Ang Pao kepada penghubungi Sri Harapan
telah sempat menemui seorang tua iaitu Amat Lajim 65 tahun yang pernah
bergelandangan di bandar ini selama lebih tiga puluh tahun kerana sakit mentel
tiada sesiapapun yang ambil peduli
Sekarang
Amat Lajim sejak tinggal jadi penghuni dirumah Warga Tua atas bantuan tempohari
oleh pegawai pejabat Parlimen Sandakan keadaannya kini kelihatan lebih sihat dan gembira apa tidaknya segala makan dan
pakai dijaga dengan semporna oleh warden Rumah Warga Tua.
No comments:
Post a Comment