PRESIDEN MPS GAGAL PANTAU TAHAP KEBERSIHAN PASAR UMUM SANDAKAN........KATA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Dalam tinjauan Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Thien Fatt kepasar umum Bandar Sandakan pada 21hb Ogos lalu menggesa kepada pihak  Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  supaya memandang serius terhadap masalah pembentungan di pasar berkenaan.

Wong berpendapat  bahawa Presiden MPS seharusnya memantau keadaan pasar tersebut dan mengarahkan Unit Kesihatan  Awam MPS supaya mengambil sebarang tindakan segala  permasalahan yang terdapat di pasar bukan duduk di pejabat saban hari makan gaji buta seharusnya dibawa kemeja perundingan majlis

Beliau berkata, masalah sistem pembentungan di pasar umum sandakan amat serius, tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak MPS kerana Presiden MPS dan ahli unit kesihatan awam tidak pernah mengunjung ke pasar, tidak sedar dengan kesusahan rakyat.

Wong menerima aduan bahawa parit di luar pasar dan kawasan letak kereta telah tersumbat selama beberapa bulan.
Wong tidak faham mengapakah pihak MPS tidak mengambil tindakan untuk menangani masalah tersebut, mengakibatkan keadaan kebersihan di lokasi berkenaan terjejas.

Wong berkata, MPS sebagai kerajaan  tempatan,  bertanggungjawab penuh ke atas masalah tersebut, tidak harus mengabaikan sahaja.

Kata beliau, presiden MPS dan Ketua Unit Kesihatan MPS harus pergi memantau ke pasar umum, barulah dapat merasai dan memahami masalah berkenaan.

Bukan kah daerah Sandakan nombor 2 terbesar Bandar Kota Kinabalu tetapi keadaan sekeliling Bandar Sandakan penuh dengan timbunan sampah sarap Bandar yang sering dikunjungi oleh para pelancung asing.



KERATAN AKHBAR TERJEMAHAN BAHASA CINA



No comments:

Post a Comment