OLEH: AZMI AZMAN
Zakaria (5 dari kiri)
bersama Juslie serta pemimpin lain di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau
dan Juslie.
GUM-GUM:- Keamanan, keharmonian, toleransi agama dan
kestabilan politik yang kita nikmati di Negara kita amnya dan Sabah khasnya
harus dikekalkan.
“Malaysia adalah negara
contoh yang mengamalkan toleransi agama dan harmoni walaupun terdiri dari
berbilang kaum serta budaya.,” kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Negeri Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris.
Dalam dunia yang
bergolak akibat persengketaan agama dan perbezaan fahaman politik , marilah
kita menunjukkan kepada dunia bahawa Negara kita adalah model dimana rakyat
berbilang kaum dan budaya hidup dalam keamanan, mengamalkan toleransi agama
serta harmoni.
Zakaria yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum berkata demikian kepada media di
Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau bersama Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie
Ajirol di Pusat Kebudayaan Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Sementara itu , sambutan
Hari Raya Aidil Fitri mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan
sesama kita, kata Zakaria.
“Kita bermaafan
bagi melupakan kesilapan yang lalu, di samping bersedia membuka lembaran baharu
menuju tahap permuafakatan yang lebih tinggi,” kata beliau lagi.
Ikatan perpaduan yang
erat merupakan jaminan untuk kemajuan masyarakat dan negara kita. Interaksi silang
budaya amat besar maknanya terhadap kehidupan yang harmoni dan sentosa, tambah
Zakaria.
Turut hadir pada majlis
berkenaan ialah Datin Hajah Raisah Jubar, isteri kepada Datuk Zakaria, Timbalan
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain,
Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan
Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran
Sapilin Md. Yassin, AJK UMNO Bahagian Libaran, Pemuda, Wanita serta Puteri
dan pemimpin setempat.
Lebih dari 3,000
masyarakat dari kawasan situ dan berhampiran telah mengunjungi Majlis Rumah
Terbuka Aidil Fitri kedua-dua pemimpin berkenaan yang diadakan dari jam 10 pagi
hingga 2 petang.
No comments:
Post a Comment