PENCULIK FILIPINA TUNTUT 30 JUTA NAJIB HARUS CAMPURTANGAN KEATAS 2 MANGSA.......WONG

OLEH: KREW DAP

SANDAKAN:- Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong berkata, penculik Filipina yang melarikan 2 orang mangsa pada 3 bulan yang lalu, meminta wang tebusan sebanyak 30 juta. Wong menyeru Perdana Menteri Najib campur tangan menangani isu ini, membantu menyelamatkan mangsa dengan menggunakan kuasa PM.

Wong berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat, terutamanya dalam kes penculikan di kawasan Sandakan, penculik terang-terang datang dan menculik 2 rakyat kita, ini adalah tidak munasabah! PM Najib harus berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa, termasuk membayar wang tebusan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sandakan antara lain berkata, kejadian penculikan tersebut berlaku di sebuah restoran yang dikunjungi ramai, dan berdekatan dengan bandar. Keselamatan di Pantai Timur Sabah terancam, kerajaan bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Wong berkata, menurut laporan berita, mangsa wanita berkenaan menghadapi masalah kesihatan yang serius, oleh itu kerajaan harus menyelamatkan mangsa dengan secepat mungkin.
Wong juga mengkritik PM, sedangkan beliau telah menerima dana 2.6billion, maka beliau harus mengeluarkan wang untuk menyelamatkan rakyat yang menghadapi ancaman nyawa, jangan hanya membantu UMNO BN sahaja.


Jangan lupa, kerajaan diamanatkan tanggungjawab untuk mentadbir negara, oleh itu harus mengutamakan kepentingan rakyat dalam menjaga keselamatan.

Selain itu, menurut Wong, sedangkan PM berkuasa untuk menambahkan peruntukan Ahli Parlimen dari RM1juta kepada RM5juta untuk membangunkan kawasan masing-masing, maka PM juga patut  berkuasa untuk menangani 30 juta wang tebusan tersebut.

Wong juga mengingatkan PM supaya jangan hanya mengutamakan kepentingan kroni dan mengukuhkan kedudukan beliau sahaja. Jika beliau tidak menghiraukan nyawa mangsa penculikan,  maka ini jelas menunjukkan kerajaan ini tidak mempedulikan hidup mati rakyat, hanya mengambil berat dengan perebutan kuasa dan kepentingan menteri sahaja.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/no_photo.png


No comments:

Post a Comment