MP SANDAKAN (DAP) MEMPERTIKAIKAN PERLANTIKAN PENASIHAT KEPADA PM

OLEH: KREW DAP

SANDAKAN:- Timbalan  Pengerusi DAP Sabah merangkap  Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong mengkritik Kabinet baru terlalu ramai anggotanya, dan mendedahkan Penasihat Khas Perdana Menteri menikmati layanan setaraf menteri dan gaji setinggi menteri, budaya pelantikan kroni politik ini semata-mata demi mengukuhkan kedudukan dan kuasa PM, tidak membantu dalam kewangan dan kecekapan pentadbiran negara.

Menurut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah melantik beberapa pemimpin BN sebagai penasihat beliau, seperti bekas Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat sebagai penasihat PM dalam hal ehwal wanita, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Rais Yatim sebagai penasihat PM hal ehwal sosial dan kebudayaan, Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Johari sebagai penasihat khas PM mengenai Pembangunan Ekonomi Koridor Udara, dan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar sebagai penasihat khas PM berhubung negeri Selangor.


Mereka kebanyakannya pemimpin UMNO, Ahli Parlimen atau pemimpin yang tewas dalam pilihanraya. PM Najib menggunakan taktik politik untuk mengukuhkan kuasa beliau, dan menenangkan pemimpin-pemimpin UMNO.

Wong berasa tidak puas hati kerana Datuk Shahrizat yang telah tewas dalam pilihanraya pun dilantik sebagai penasihat khas PM hal ehwal wanita, dan menikmati gaji setaraf menteri, mengapakah beliau dilantik? Apakah tugas yang perlu ditangani?

Dalam Kabinet terdapat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah perbezaan di antara mereka? Adakah pelantikan ini semata-mata untuk menenangkan pemimpin yang tewas, dan dengan wang rakyat? Shahrizat juga terlibat dalam skandal kes penyelewengan penternakan lembu, kini dilantik sebagai penasihat tanpa mengetahui kebenaran skandal tersebut, ini tidak dapat diterima.

Selain itu, mengapakah Noh Omar dilantik sebagai penasihat PM dalam hal ehwal negeri Selangor? Padahal Selangor terdapat Kerajaan Negeri. Ini jelas menunjukkan ia merupakan pelantikan politik, dan mungkin adalah bertujuan untuk merampas kembali negeri Selangor.

Wong juga berpendapat bahawa pelantikan Rais Yatim sebagai penasihat hal ehwal sosial dan kebudayaan adalah tidak wajar, kerana dalam Kabinet terdapat Kementerian Kebudayaan dan juga menterinya, apa sebabnya ditambahkan dengan seorang penasihat? Apakah tugas mereka? Rakyat ingin mengetahui kesemua ini.

PM juga melantik beberapa orang Duta Khas, termasuk Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur, Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu Duta Khas ke India Selatan, dan Jamaluddin Duta Khas Amerika Syarikat yang baru meninggal dunia, mereka adalah bertaraf menteri dan memperoleh gaji lebih kurang RM20ribu, tetapi tidak bertanggungjawab ke atas Dewan Rakyat, ini bertentangan dengan semangat demokrasi di mana menteri adalah bertanggungjawab ke atas Dewan Rakyat, dan Duta Khas serta Penasihat Khas yang dilantik oleh PM menambahkan perbelanjaan negara, gaji mereka ditanggung oleh rakyat.


Wong berpendapat bahawa pelantikan tersebut adalah pembaziran dana awam, kerana negara kita mempunyai Kementerian Luar Negara dan Duta di luar negara, tiada keperluannya untuk melantik duta khas, mengakibatkan jawatan dan kuasa berkenaan bertindih.

Beliau juga berkata, Kabinet yang baru ini ramai anggotanya, tetapi langsung tidak dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Kabinet negara kita lebih besar berbanding dengan Australia dan England, ditambahkan dengan duta-duta dan penasihat yang bertaraf menteri ini, membebankan kewangan negara.

Selain itu, Wong berkata, budaya pelantikan politik ini mengakibatkan politik negara kita bergantung kepada hubungan kroni, tidak berkaitan dengan kebolehan dan keupayaan. Jawatan-jawatan kementerian yang penting disandang oleh pemimpin dalam BN masing-masing, bukan melalui prosedur temuduga yang lebih efektif, supaya melantik mereka yang benar-benar berkeupayaan dan layak untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, membantu rakyat dan meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Negara kita menambahkan jawatan menteri dan mewujudkan jawatan yang baru untuk memuaskan kesemua pemimpin BN, ini adalah tidak berguna untuk negara. Sebagai contoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, semasa zaman Abdullah Badawi hanya terdapat 5 orang Menteri di Jabatan PM, tetapi kini bertambah sehingga 12 orang, kelak mungkin semua MP pun akan dilantik, tetapi tidak berjasa kepada negara. Wong juga bertanya, apakah tugas 12 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini? Mengapakah begitu ramai menteri diperlukan? PM harus memberi penjelasan!







No comments:

Post a Comment